Monday, June 19, 2017

Aku Editor Newbie 3

Tahun baru nak up dulu, setiap kali buka komik pasti akan kagum dengan lukisan semata-mata. Setiap kali juga, dialog ini akan keluar. "Siapa lukis ni?"

Waktu itu, Aman melihat pekomik adalah satu-satunya individu yang menjayakan karier dirinya. Dia buat semua. Dia yang paling hebat sekali!

Selepas sertai BLINK, barulah mata ini mula melihat individu-individu lain yang TURUT SAMA menjayakan sesebuah buku. Individu yang tidak popular dan tersembunyi ini. Pengurus, mentor, pereka cerita, editor, designer, marketer...

Sejak 5 tahun ini, persepsi dan pandangan tentang buku sudah berbeza. Setiap kali belek buku, tidak lagi bertanya "Siapa lukis, siapa tulis?" semata-mata. Kini, pertanyaan bertambah.

"Siapa yang layout ni? Rajin betul!"
"Macam kenal gaya design ni. Siapa ya?"
"Siapa buat editting? Bubble ni siapa buat?"


Kini Aman menguruskan NOMIK pula. NOMIK masih berada di dalam fasa pertama. Baby steps. Jadi, Aman sangat bertuah diberi peluang untuk merasa setiap inci proses ini bersama tim NOMIK dan BLINK.

Edit layout, buat bubble, design konsep kaver, lukis illustrasi, edit manuskrip novel, mentoring cerita komik dan sebagainya. Jadi apabila ada yang membaca NOMIK nanti, berilah perhatian juga keseluruhan buku ini ya.

Nampak bubble dialog tu? Penat tau nak edit dia supaya tak rigid bulat-bulat sangat. Baru sedap mata nak baca. Huhu!


-out-

No comments: