Sunday, January 22, 2017

Perginya seorang POYO...

Ini adalah entry tribute untuk arwah Kartunis Poyo yang telah meninggal dunia pada Hari Jumaat, 20 Januari 2017. Kehilangan seorang seniman, rakan, pesaing, dan juga seorang yang merupakan individu pemberi impak dalam karier Aman.

Serius, Aman susah nak terima berita pemergian Arwah Poyo atau nama sebenarnya Jefferi Abdul Rahman ini. Beliau seorang yang bercakap lemah lembut, lawak bersahaja, baik ornagnya. Sikit pun tak seperti namanya, poyo.

Jadi, entry kali ini khas untuk beliau sebagai mengenang bagaimana beliau menjadi salah seorang inspirasi dalam hidup ini.


KENAL KERANA KOMIK

OCT 2008 | Aman kenal Poyo melalui komik Kecemprengman yang dihasilkan bersama Komik-M. Ketika itu adalah waktu Aman sedang berjinak untuk masuk ke dalam industri. Aman beli, baca dan kaji komik Kecemprengman itu dan Aman sangat-sangat sukakan lawak dan cerita yang santai. Aman mula google dan terjumpa blog kepunyaan Poyo yang mencatat segala perjalanan karier dalam industri komik.


http://terlalupoyo.blogspot.my/

Aman menghabiskan masa untuk membaca ke semua entry yang ada. Segala suka duka menjadi pelukis komik sangat memberikan Aman inspirasi. Terus kerana blog inilah, Aman mewujudkan blog Comics&Career ini. Aman fikir, inilah cara yang bagus untuk Aman menyampaikan cerita dan inspirasi sama seperti yang dilakukan oleh arwah.

* * *


MAIN NYOROK-NYOROK

DEC 2008 | Tidak lama selepas Aman mengenali Komik-M, Aman dapat tahu mereka akan lakukan pertemuan bersama pekomik di MPH Mid Valley! Aman hadir ke sana dan snagat teruja. Ini kali pertama Aman bertemu pekomik dan editor dari Komik-M. Aman telah menunjukkan bakat melukis di hadapan mereka, dan lukisannya sudah tentu watak komik Poyo iaitu Kecemprengman! Ketika itu Poyo turut hadir tetapi dia menyorok belakang rak buku. Jadi, langsung tidak dapat bergambar atau tanda tangan.


Tetapi, ia tetap satu pengalaman indah buat Aman dan sudah tentunya menjadi penyebab untuk Aman terus bersemangat mahu duduk sebaris bersama pekomik-pekomik ini di masa hadapan.


Kata-kata Poyo di dalam blognya ini buat Aman tersenyum dan sekarang menangis apabila membaca... Huhu...

* * *


IMPIAN DUDUK SEBARIS

APR 2009 | Pertama kalinya, Pekomikon diwujudkan ketika Pesta Buku. Aman hadir ke sana dan pertama kali juga dapat berdepan-depan dengan Poyo. Ketika itu dia dan seorang lagi pekomik, Aviltone sedang mengadakan sesi tandatangan. Poyo ajak Aman duduk di sebelahnya. Bagi Aman ia adalah satu moment besar kerana impian untuk 'duduk sebaris dengan pekomik' seolahnya tercapai. Hari itu Aman memang happy gila.

Paling seronok, Poyo hadiahkan komik Kecemprengman 2 berserta tandatangan! Dan kini baru Aman sedar, ini adalah signature pertama dan terakhir yang Aman terima dari Poyo. Inilah satu-satunya...


* * *



MELUKIS BERSAMA

DEC 2009 | Akhirnya Aman officially bergelar 'pekomik' apabila karya Aman diterbitkan di dalam antologi Aku, Kau dan Komik #2 keluaran Komik-M. Aman berkarya bersama ramai pekomik hebat termasuk jugalah Poyo. Boleh lihat dibelakang buku ada preview komik kami berdua yang diletakkan atas bawah... 


* * *


PEMINAT KECEMPRENGMAN

DEC 2009 | Sebagai peminat komik Kecemprengman, Aman turut tidak terlepas menghasilkan fanart watak komik sebagai sokongan. Malah, pernah juga Aman nyatakan hasrat untuk sambung komik ini pada beliau dan beliau jawab selamba, "Lukislah. Boleh je~".


Tetapi hasrat itu Aman pendamkan saja kerana tidak mungkin Aman mampu hasilkan komik Kecemprengman yang lawak dan best seperti yang arwah hasilkan. Namun, dapat menjadi watak cameo sebagai villain Kecemprengman cukup memuaskan hati ini.


* * *


LAWAK BUDAK SEKOLAH & LAWAK SEKOLAH

APR 2012 | Komik Kecemprengman terhenti sirinya namun Poyo kembali dengan sebuah siri yang cukup bestseller iaitu Lawak Budak Sekolah. Pada ketika itu juga, Aman sedang berkarya bersama BLINK dengan nomik berjudul Hebat ke Sekolah! Namun tajuk ini ditukar menjadi LAWAK SEKOLAH oleh Big Bos.


Judul yang hampir sama dengan Poyo. Ketika itu Aman sangat risau jika dia marah, namun Poyo tetap cool dan sokong karya Aman ini. Malah, dia sempat juga menghasilkan fanart sebagai tanda sokongan. Dia sememangnya tidak poyo kan?

* * *


BESTSELLER DI SEKOLAH

OCT 2016 | Aman semakin busy menjelajah ke sekolah mempromosi 5 buku Lawak Sekolah. Namun, setiap kali itu juga, 3 naskah karya Lawak Budak Sekolah oleh Poyo tetap menjadi pemenang di hati para pelajar. Aman akui agak tercabar namun gembira juga. Kami mula menjadi rakan pekomik dan pesaing. Aman juga mahu Lawak Sekolah menjadi bestseller dan disukai seperti karya beliau.

Poyo juga rajin singgah ke FB Official Aman dan LIKE setiap gambar para pelajar yang membeli komik-komiknya. Aman perasan dan cuba mencari gambar yang mempunyai moment2 best seperti gambar ini. Aman harap, cerita ringkas seperti ini akan terus membuatkan dia berusaha hasilkan karya...


* * *

Aman jarang bertemu dengan beliau selain di Pesta Buku. Ini pun 2 tahun lepas hanya bertemu secara terserempak dan bersembang dalam 5 minit. Langsung tidak sempat duduk ngeteh. Namun, respek Aman pada Poyo tetap tinggi seperti mana pada rakan pekomik lain.


Ini adalah gambar terakhir kami berdua ketika Pesta Buku 2016. Kenangan ini akan Aman simpan dan semoga pembaca yang membaca blog ini akan dapat inspirasi seperti mana yang telah beliau berikan pada Aman suatu ketika dahulu. InsyaAllah...


" Poyo, karya kau telah menginspirasi aku personally dan aku sangat pasti ia berjaya menceriakan hati setiap pembaca. Semoga setiap inspirasi dan keceriaan yang kau berikan pada kami ini memberikan pahala dan ganjaran buat kau di sana...

Aku doakan kau sekarang bersama orang-orang yang soleh dan terpelihara oleh-Nya... Selamat tinggal dan semoga pertemuan kita seterusnya di Syurga nanti...

Kau akan terus diingati. 

Forever Big Fan. "

-out-