Friday, December 9, 2016

Bengkel Komik 2016

Yeah! Tahun ini seramai 14 orang pelajar menyertai bengkel komik yang kami adakan. Jauh lebih ramai dari tahun 2015 yang hanya 4 orang sahaja peserta. Haha! Paling seronok, kesemua peserta ini punyai potensi besar menjadi pelukis yang baik!

Fuh kalau nak cerita, terlalu banyak perkara yang berlaku pada waktu ini. Aman ada banyak kerja dan manuskrip yang harus diselesaikan. Jadi, sehari sebelum sesi bengkel ini, Aman langsung tidak tidur siapkan modul! Yup, modul baru nak taip!

Kemudian, selepas Subuh Aman ke ofis Blink Trading untuk print dan set up modul tapi printer rosak. Tuhan sahaja yang tahu betapa serabutnya Aman sewaktu itu. Mujur sahaja ramai rakan di Blink Trading membantu tampal sticker, staple modul, betulkan printer, dan design poster. Aman bersiap 30 minit sebelum bengkel bermula. Pehhh...kemudian masuk ke dewan bengkel seolah-olah tiada apa-apa terjadi. Hahah!

Alhamdulilah, nasib baik jugalah tahun ini Aman tidak mengajar seorang. Aman bergabung bersama rakan pekomik Danial Haikal yang lebih hebat, lebih otai dan lebih berpengalaman mengajar komik. Jadi, dapat juga kami bahagi masa dna Aman berehat sekejap apabila Danial mengajar. Legaaa.. Apapun, kami bersama mengajar para peserta tentang:
- Teknik melukis watak
- Teknik mengasah imaginasi
- Teknik Teknik penghasilan cerita pendek
- Teknik melukis komik 4 petak
Malah, Aman berkongsi pengalaman bersusah payah yang dilalui ketika menjadi pekomik. Aman tunjukkan secara eksklusif karya-karya yang direject oleh syarikat penerbitan. Aman ceritakan setiap setik karya ditolak dan mengapa ia ditolak. Aman beritahu supaya mereka tidak ulangi kesilapan yang Aman buat dan Aman mahu tunjukkan bahawa jangan putus asa jika karya ditolak. Ada kalanya para pelajar ini punyai potensi besar tapi apabila karya ditolak, terus berhenti melukis. Sayang betul. Jadi, harpanya kisah dna perkongsian Aman dapat memberi semangat baru pada mereka. Lihatlah, sekarang ini ia berbaloi kerana Aman kini berkarya di Blink!
Danial pula berkongsi tentang penghasilan nomik pertama beliau bertajuk ROHBOT! Nomik yang bakal terbit pada tahun 2017. Para peserta dapat ikuti step by step komik itu dihasilkan. Paling seronok! Setiap peserta dapat pulang bersama 15 pages komik preview ROHBOT! Memang beruntung!
InsyaAllah, tahun depan jika ada kudrat, mungkin Bengkel ini akan diadakan lagi. Aman akan upgrade supaya ia lebih hebat dan lebih banyak ilmu diperoleh! InsyaAllah! Amin!

-out-