Sunday, October 9, 2016

Lembaga Bertukar Cinta...

Lembaga Kerusi Belakang, merupakan novel sulung Aman bersama penulis Kak Ain Maisarah! Novel yang bertemakan seram ini sememangnya mendapat sambutan yang cukup hangat oleh pembaca dan para pelajar. Kini... Aman Wan telah tampil dengan sebuah novel solo, sebuah spin-off kisah si lembaga yang bertajuk Cinta Kerusi Depan! Oh, langsung tak di sangka bahawa Aman bakal menulis novel romantik! Haha! Padahal diri ini lebih enjoy dan seronok dengan tema thriller dan horror. Walaupun begitu, Aman merasa super teruja dengan penghasilan novel ini kerana beberapa faktor! Novel ini merupakan novel sulung Aman yang solo! Bermaksud, di dalam novel ini, Aman tidak menulis bersama Kak Ain Maisarah. Novel ini juga menggunakan POV pandangan pertama iaitu "aku" yang berbeza dengan kebanyakan novel-novel BLINK. Oh! Cerita novel ini juga bertempat pada waktu dan latar yang sama dengan novel Lembaga Kerusi Belakang!


* * * * *
SINOPSIS | Latihan matematik, kerja sekolah, buat nota… semuanya sentiasa lengkap sempurna! Sememangnya Fain pelajar terbaik dan suka belajar sehingga duduk pun di kerusi paling hadapan di dalam kelas. Namun, siapa sangka si gadis sempurna ini mempunyai rahsia di dalam hatinya.Senyap-senyap Fain sebenarnya memendam perasaan terhadap rakan kelas bernama Alyas, si jejaka kacak yang bersifat ceria.

Namun berbeza dengan Fain, Alyas adalah pelajar pemalas yang sering melepak di belakang kelas! Oleh sebab itu, Fain langsung tiada peluang mahu memandang si penyejuk mata itu. Mahu direnung, matanya rabun. Mahu dijeling, nanti matanya juling! Hanya papan hitam di hadapan menjadi wakil kepada wajah lelaki pujaan.Namun masalah mula menjelma, apabila guru mahu lakukan rombakan kelas yang mengasingkan pelajar cemerlang dan pelajar pemalas!

Oh, sesungguhnya retak beribu hati gadis itu apabila terpaksa menerima hakikat dirinya dan Alyas terpaksa berlainan kelas. Fain, perlu lakukan sesuatu sebelum segalanya terlambat! Malah, dia sanggup lakukan perkara salah sehingga mendapat gelaran sebagai Si Lembaga Kerusi Belakang!

* * * * *

Novel ini sangat sesuai kepada mereka yang pernah membaca novel Lembaga Kerusi Belakang kerana pembaca boleh memahami lebih mendalam akan kisah yang berlaku antara Nadiya Risa, Fain dan Laili. Malah, kepada mereka yang takut mahu membaca Lembaga Kerusi Belakang, novel ini mampu menjadi wakil untuk memahami apa yang bakal berlaku dalam novel seram itu. Haaa! Memang seronok Aman menaip novel ini kerana ianya berlaku di dalam timeline dan tempoh masa yang serentak dengan novel seram Aman!

Malah, novel ini juga berkemungkinan dikaitkan dengan buku penamat, novel seram ketiga yang sedang Aman taip sekarang ini. Jadi harapnya, semua dapat memberikan sokongan padu terhadap novel ini ya! Lelaki taip novel cinta woi! Hahaha!

Oh, ya! Di atas ini Aman sudah lukiskan konsep kaver untuk novel ini. Tetapi pastinya kaver sebenar akan lebih cantik lagi. Mari lihat sedikit teaser....



Cantik kan!?? Aman super teruja apabila tengok lukisan ini! Ia dihasilkan oleh rakan pekomik iaitu Ain Lavendra yang merupakan pelukis untuk nomik Running Star! Fuh... mahu lihat kaver penuh? Haa...nanti pada entry yang akan datang!

v (^_____^) v

-out-

10 comments:

Engku Muhammad Afiq said...

Wah, tahniah, Abang Aman! ^_^

Novel ini akan diterbitkan dalam penerbitan Blink Book jugakah, ataupun dalam penerbitan baharu, yang memfokuskan tema cinta? :)

Aman Wan said...

ENGKU AFIQ --- Thanks Afiq! Yup, novel ini akan di bawah penerbitan BLANK yang merupakan kembar BLINK. BLANK ini akan fokus pada cinta dan thriller. Tetapi masih lagi dijual bersama-sama buku BLINK sebelah-sebelah. Hoho

Ahmad Shafiq said...

Kenapa aku pulak yang tersipu-sipu baca sinopsis ni. Hmm macam romantic comedy which is your forte. Haha. Bagus ada novel spin off/filler untuk kembangkan karakter sedia ada sebab buku LKB yang nipis agak terhad pembentukkan karakter.

Mirwan Choky said...

Congratz Aman. Dah ada novel solo. By the way, vlog baru mana? Hehehe...

Amin Hakim said...

Comel je cover depan novel nie.. boleh cari nie

Gege Dai said...

kevin durant shoes
cheap nfl jerseys
ray-ban sunglasses
swarovski crystal
tiffany jewelry
michael kors outlet clearance
polo ralph lauren
coach outlet online
louis vuitton
true religion outlet
20170109lck

Unknown said...

michael kors outlet store
armani exchange outlet
denver broncos jerseys
canada goose
coach outlet
michael kors handbags
michael kors outlet
cheap ray ban sunglasses
jets jersey
fitflops sale clearance

John said...

nfl jerseys
louis vuitton outlet online
michael kors
michael kors
mlb jerseys
louis vuitton outlet online
coach outlet online
yeezy 350 boost
air max
coach outlet store online
chenshanshan20170304

happy 123 said...

curry 3 shoes
adidas outlet
air jordan
prada sunglasses
http://www.kobebasketballshoes.us.com
lebron james shoes
lebron shoes
adidas online shop
true religion jeans
michael kors outlet

happy 123 said...

polo ralph lauren outlet
snapbacks wholesale
coach outlet
coach factory outlet
rolex replica
polo ralph lauren outlet
armani exchange
hugo boss suits
yeezy boost 350 white
fitflops sale