Friday, June 17, 2016

Super Bodyguard & Diari Pink


Sebulan lebih sudah berlalu sejak terbitnya dua novel ini pada 29 April 2016 di Pesta Buku Antarabangsa yang lepas. Selama sebulan lebih ini juga, Aman sentiasa aktif di Facebook, Instagram dan blog2 untuk mencari segala jenis respon dan ulasan pembaca berkenaan novel-novel ini.

Apa yang Aman terima?
Cukup membuatkan diri ini terbang ke udara! Ewah!

Sememangnya Aman sangat berterima kasih kepada pembaca kerana memberi peluang pada Aman untuk berkarya secara taipan ni. Sambutan mereka sangat positif dan ulasan juga mendapat markah yang agak memuaskan hati. Thanks!

Jadi, untuk entry kali ini, giliran Aman pula untuk membuat ulasan pada novel sendiri. Aman bukannya nak beritahu pada pembaca blog bahawa novel-novel Aman ini adalah yang terbaik. Tetapi hanya untuk rujukan diri di masa hadapan untuk apa yang perlu Aman baiki dan elemen apa yang perlu Aman kekalkan di dalam penulisan novel yang seterusnya. Yosh!

* * * * *

AKU MAHU SUPER BODYGUARD

Apa yang Aman suka dengan novel ini adalah persahabatan antara 3 watak utama iaitu Afiqah, Juliana dan Firdi. Ketiga-tiga watak ini punyai goals dan personaliti yang berbeza. Secara asasnya, 3 watak ini adalah watak tipikal pelajar sekolah yang sebelum ini mereka membuat kemunculan pertama di dalam novel Aku Mahu Bunga Di Hati hasil karya penulis Naim Jalil. Namun Aman cuba untuk berikan keunikan dan personaliti baru pada mereka walau sedikit. Alhamdulillah, ada terdapat juga perbezaannya.

Berkenaan plot, jalan cerita novel ini semacam rollercoaster dengan pelbagai mainan emosi. Ini kerana Aman cuba untuk mewujudkan tension dibahagian klimaks cerita. Jadi, sejak dari awal, Aman perlu selitkan tension itu tanpa mengurangkan babak diva-ness dan kegedikan yang sememangnya sinonim dengan BLINK. Terutama apabila Aman menggunakan watak The Wannababes sebagai salah satu tunjang utama. Fuhh!

Bercerita tentang The Wannababes. 7 watak gadis diva ini adalah watak yang cukup ikonik dengan BLINK dan merupakan watak original daripada Kak Ain Maisarah sendiri. Untuk menguasai personaliti 7 watak gedik ini juga bukan calang-calang! Setiap mereka punyai kegedikan yang tersendiri. Fasha dengan watak ketua pemutus kata, Shasha dengan sifat cool, Fazura dengan rebel, Nana dengan lawak hambarnya dan lain-lain.

Aman cukup berterima kasih pada Kak Ain dan penulis Haziq Ridzuan kerana banyak membantu Aman dalam menguasai watak 7 gadis gedik ini. Walaupun pada awalnya agak pening kepala, namun hasilnya cukup memuaskan hati Aman! Yatta!

Plot twist di dalam novel ini merupakan X-factor yang Aman cuba simpan dan letupkan apabila pembaca sampai pada bab ia berada. Pada awalnya, X-factor ini agak lemah. Namun ketika Aman sedang siapkan manuskrip, Aman telah melakukan penambahan pada watak yang membuatkan ianya better dari sebelum ini. Ramai juga pembaca yang respon terhadap twist ini. Berjaya!

Ada 3 babak yang Aman paling suka ketika menulis novel ini. Yang pertama adalah babak tegang di antara Afiqah dan Juliana selepas tamatnya teater. Yang kedua pula babak klimaks Afiqah yang berjaya menjadi 'Super Bodyguard' yang sebenar. Yang terakhir adalah babak ending cerita.

Tiga-tiga babak ini kekuatannya bagi Aman adalah pada emosi dan dialog yang disampaikan. Aman sangat-sangat berharap dialog dan emosi ini dapat sampai pada pembaca dengan tepat. Tiga-tiga membawa emosi yang berbeza namun cara penulisannya sangat-sangat Aman suka tulis dan baca!

RANCANGAN SETERUSNYA : Aman sudah bercadang untuk kembangkan lagi kisah persahabatan 3 watak utama ini. Bagi Aman, watak mereka masih banyak lagi perlu diunikkan supaya tidak terlalu tipikal. Jadi, Aman telah merancang setiap mereka bakal menjadi peneraju utama untuk novel-novel Aku Mahu Super yang seterusnya.

Bermula dengan Afiqah dengan kisah bodyguardnya, kemudian Firdi dengan dilema mama baru, dan Juliana dengan rahsia diri yang tersebar merata! Kemudian, Aman akan tamatkan kisah 3 sahabat ini dengan 1 lagi novel yang punyai permainan emosi tahap maksima. Jika perancangan ini berjaya, novel-novel ini bakal terbit sebelum penghujung tahun 2018 nanti. InsyaAllah!

* * * * *

AKU MAHU DIARI PINK

Seriously Aman lebih enjoy merangka novel ini berbanding Aku Mahu Super Bodyguard! Haha! Okey, untuk yang tertanya-tanya, apahal AmanWan kata ini novel dia sedangkan terang, nyata lagi jelas tiada nama Aman di depan kaver novel ini.

Haaa... Aman merupakan pereka cerita untuk novel ini dan juga mentor kepada Alam Anuar yang mengembangkan cerita Aman menjadi setebal 120 pages! Jadi, secara tidak langsung, apabila orang suka akan ceritanya, Aman juga turut seronok!

Okey, kekuatan novel ini adalah pada personaliti dan kebodohan di watak utama yang Super Bimbo iaitu Ezra dan Kisha. Sekiranya watak utama cerita ini adalah tipikal pelajar sekolah, ianya pasti agak bosan. Namun. kebodohan watak dengan aksi dan dialog merepek cukup buat Aman enjoy menaip rangka cerita ini. Haha!

Watak Ezra Fazrirah ini pernah membuat kemunculan pertama di dalam novel Aku Mahu jadi The Wannababes, hasil penulisan Haziq Ridzuan. Apabila Aman terbaca personaliti watak ini yang mempunyai potensi dikembangkan, terus sahaja Aman guna dan memikirkan idea yang menarik. Bagi Aman, premis cerita ini sudah cukup kuat. Malah lebih kuat berbanding Aku Mahu Super Bodyguard.

"Kisah si gadis gedik yang suka menulis diari dan diari itu tertukar dengan diari si pembunuh bersiri!" Tengok, hanya 1 ayat mudah Aman boleh ceritakan konsep dan sinopsis yang membuatkan ornag tertarik mahu baca.

Walaupun cerita ini super gedik, tetapi tetap ada cabaran nak mereka cerita ini. Gedik juga adalah satu seni! Sekiranya di dalam novel Aku Mahu Super Bodyguard ada watak The Wannababes, si 7 gadis gedik yang cukup diva, tetapi untuk watak Ezra dan kisha, Aman mahukan gediknya berbeza! Jadi, banyak kali juga Aman menonton sitcom yang mempunyai watak gedik dan bimbo yang nyata dan Aman cuba tiru dialog-dialog serta kebodohan watak itu. Antara yang Aman rujuk adalah filem Mean Girls dan sitcom 2 Broke Girls.

Semua dialog-dialog ini Aman telah selitkan di dalam dokumen rangka cerita supaya Alam Anuar dapat gambaran yang jelas tentang personaliti watak yang Aman mahukan. Alhamdulillah, Aman dapat respon positif dari pembaca tentang watak-watak ini! Yeay!

Novel ini dan Super Bodyguard mempunyai 1 elemen yang sama diterapkan iaitu kisah pelajar sekolah yang terlibat dengan penjenayah. Aman sukakan elemen jenayah kerana watak pelajar ini dapat lari dari aktiviti normal sekolah yang biasa-biasa. Reaksi mereka terhadap penjenayah itu adalah kunci utama menjadi tarikan pada pembaca. Ini yang Aman percayalah.

RANCANGAN SETERUSNYA : Dua-dua watak Ezra dan Kisha ini sangat-sangat berpotensi untuk mempunyai golongan peminat yang tersendiri dikalangan pembaca. Yang penting, mereka perlu mempunyai plot yang menarik untuk dihasilkan. Aman sudah mempunyai idea untuk novel Aku Mahu ____ Pink yang seterusnya. Novel ini bakal mempunyai sedikit elemen fantasi dan juga cross-over dengan watak Firdi dalam novel Aku Mahu Super yang seterusnya!

Aman sungguh tak sabar nak siapkan rangka cerita dan kembali berlakon bimbo bersama Ezra dan Kisha. Sememangnya novel ini adalah satu peluang Aman untuk mengada-ngada secara nyata. Ahaks! Semoga segalanya bakal berjalan lancar!

* * * * *

Well, that's my review dan commentary tentang 2 novel terbaru tahun 2016 ini. InsyaAllah tidak lama lagi, dalam tahun ini juga akan terbit novel Aku Mahu Jadi Travelistar yang bakal ditulis oleh penulis Hazira Hanapi. Pereka ceritanya? You know who. ;)

So, nanti kita buat review untuk novel itu selepas ia terbit pula okei! Sememangnya ada banyak yang Aman mahu cerita tentang Aku Mahu Jadi Travelistar itu.

Hopefully, Aman akan lebih aktif dalam menghasilkan cerita yang lebih berkualiti pada masa hadapan. Sekarang ini juga ada beberapa manuskrip yang masih sedang disiapkan. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Amin!!

Terima kasih geng untuk segala sokongan. Much love!

-out-

3 comments:

Ahmad Shafiq said...

Hmm menarik apabila membaca note penulis novel sendiri. Keunikkan buku blink book adalah universe dia yang mempunyai pelbagai karekter yang boleh crossover dan ada easter eggs yang memberi klu watak dari novel lain. Sejujurnya sebagai pembaca baru blink book watak-watak yang ramai ini agak overwhelming. Ketika saya baca novel Aku Mahu Superbodyguard masalah paling utama ialah pembentukan karekter. Saya merasakan watak the Wannababes itu terlalu generik dan interchangeable. Tapi itu berpunca sebab saya tidak tahu asal usul karekter itu yang asal dari novel lain. Bagi karekter Afiqah, Firdi dan Juliaana dikembangkan agak baik dan bagi pembaca baru boleh relate dengan mereka kerana setiap satu ada karekter yang membezakan mereka. Jadi idea untuk menggunakan pelbagai karekter dari pelbagai novel bagus sebab boleh cross promote dan merupakan fan service kepada pembaca tegar blinkers. Namun bagi pembaca baru agak hit or miss. Sejujurnya saya tak berapa mahu tahu pasal asal usul the wannababes sebab ramai sangat tapi sebab orang kata novel Impiana seronok. Jadi saya mungkin akan beli series Impiana untuk memahami mereka. Kelebihan penulisan Aman ialah timing plot twist yang baik dan build up untuk plot twist tu bagus sehingga memeberikan impak emosi pada saya. Dialog lawak yang meta dan kena pada situasi kini dan bersahaja amat menyeronokkan. Kajian tentang indeks gedik sehingga tahu jenama bag Coach dan LV memang mengagumkan. Hehe so habisla review untuk novel Aku Mahu Superbodyguard. Jika compare dengan Lembaga Kerusi Belakang. Watak AMSB lebih terbina dan relatable tapi misteri dan seram LKB lebih mengujakan. P/s lepas ini nak cari Diari pink sebab mula-mula tengok title macam urghh cerita remaja perempuan tapi sebab ada pembunuh bersiri macam tertarik pula nak baca.

Aman Wan said...

AHMAD SHAFIQ --- Yup! Memang BLINK sudah punyai timeline besar untuk satu Tahun yang kami panggil TAHUN XXX. Iaitu tahun di mana Sekolah Sri Bangsar mempunyai Super Senior Diva iaitu The Wannababes! Kesemua siri BLINK adalah bertempat pada Tahun yang sama. Jadi, pembaca blinkers tegar pasti dapat menyusun setiap buku BLINK ikut kronologi masa walau sebenarnya sudha melebihi 365 hari. Haha!

Siri IMPIANA pula mengambil tempat 10 tahun selepas Tahun XXX iaitu ketika The Wannababes berusia 27 tahun. Kalau mahu baca Impiana, mesti baca Aku Mahu Buli dahulu. Kerana ia adalah penyebab kemunculan konflik di dalam siri IMPIANA.

Hahah! Apapun thank you so much Shafiq untuk 1 lagi review novel yang snagat-sangat membantu dan awesome! InsyaAllah Aman akan cuba untuk memberikan plot yang lebih unik dan watak yang lebih memorable. Nanti kalau sudah dapatkan Diari Pink, bolehlah review juga ya. Hihihi!

Ahmad Shafiq said...

AMAN WAN-Wow rasa pelik kena balas mesej macam ini. Haha. Wahhh telitinya timeline macam Marvel Cinematic Universe! Insyaa Allah saya akan pergi ke jualan gudang Blink untuk dapatkan buku-buku itu sebab selalunya ada diskaun kan? hahaha. Kecuali untuk Korban Kerusi Biru kalau boleh pre-order saya dah buat dah :-) .

Mungkin pada masa akan datang website KedaiBlink boleh kategorikan novel-novel mengikut karekter novel supaya pembaca baru boleh lebih mudah untuk mengumpul novel mengikut karekter kegemaran mereka daripada hanya cuma membeli membabi-buta macam saya buat sekarang.

Satu lagi yang saya suka cara penulisan Aman ialah gaya penceritaan yang ala-ala komik. Lepas baca beberapa scene dalam novel saya boleh bayangkan bagaimana scene itu dalam bentuk komik dalam minda saya. Hahaha. Insyaa Allah saya akan beri review jujur novel yang saya baca. Teruskan berkarya Aman Wan! Ganbatte.