Thursday, June 23, 2016

Sang Lembaga Kembali Lagi

Akhirnya, hari ini Aman berjaya menyiapkan manuskrip novel seram terbaru yang bertajuk....
...Korban Kerusi Biru~!!

Yup, ini adalah novel kedua, sambungan selepas novel Lembaga Kerusi Belakang yang terbit pada Disember 2015 lepas. Well, bukan sambungan la... sebab jalan cerita Korban Kerusi Biru ini berlaku 10 tahun sebelum kejadian ngeri di dalam buku yang pertama. Ala-ala flashback... Ala-ala Star Wars episode 1 gitu!

Novel ini rangka ceritanya sudah approve semasa November 2015 lagi, tetapi Aman terpaksa hold sekejap menaip kerana perlu fokus pada produksi buku di Pesta Buku 2016 iaitu Aku Mahu Super Bodyguard dan Aku Mahu Diari Pink. Selepas tamat pesta buku, Aman terlibat dengan produksi Aku Mahu jadi Travelistar dan beberapa siri nomik yang terbaru. Pehh.. memang busy sampai novel sendiri tergendala.

Alhamdulillah! Bersempena Ramadhan Mubarak ini, sekali lagi manuskrip berjaya disiapkan! Ketika menaip Lembaga Kerusi Belakang dahulu pun semasa Ramadhan juga. Ehem... ini juga salah satu sebab novel tergendala. menunggu bulan puasa biar syaitan iblis terikat, jadi menaip novel seram di waktu malam tidaklah takut snagat. Hihihi!

Sememangnya, Aman sudah ada perancangan untuk hasilkan trilogi kisah seram yang berkaitan KERUSI ini. Malah, setiap tiga buku juga bakal mempunyai elemen seram yang berbeza-beza.

Novel pertama, Lembaga Kerusi Belakang mendapat respon yang cukup-cukup positif sehingga menjadi antara buku yang tertinggi carta jualan dalam BLINK. Jadi, Aman berharap novel kedua ini juga bakal menyaingi atau setanding dengan siri yang pertama.

Tidak banyak yang Aman boleh cerita lagi tentang novel ini buat masa sekarang. Tetapi apa yang Aman boleh katakan.. kepada peminat cerita tragis dan berdarah, ini novel untuk anda. Hee!

Sekarang, novel Korban Kerusi Biru ini sedang di dalam proses editing oleh Kak Ain Maisarah. Konsep kaver yang Aman lukis ini pun sudah mendapat kelulusan Tuan Pengurus dan sudah di pass kepada illustrator sebagai rujukan. Tak sabar mahu lihat hasil kaver yang terakhir!

Apapun, hope korang semua akan menyokong karya Aman ini. Buku yang ketiga dan terakhir akan Aman cuba siapkan sebelum akhir tahun nanti. Sekarang ini Aman kembali busy untuk produksi buku untuk Pesta Buku 2017 pula. Aman bakal terlibat dengan 2 novel Dongeng dan 1 lagi siri Aku Mahu Super... sambungan kepada Aku Mahu Super Bodyguard! Yeah!

Semoga segalanya berjalan lancar. Amin!

-out-

8 comments:

Ahmad Shafiq said...

Cerita tragis dan berdarah??? Yayyyy *mata bersinar* yes, prequel! Hmm, isu stress belajar dan tekanan daripada ibu-bapa. Hehe

Pergh kagum dengan penulis-penulis yang boleh buat banyak penulisan kreatif serentak. Aku punya cerpen pun dah 5 tahun terbengkalai.

Mirwan Choky said...

Semoga semakin berjaya, Aman. Sekarang ni buku-buku awak boleh dibaca secara online tak?

Aman Wan said...

AHMAD SHAFIQ -- Yeah! Prequel. Kalau nak ikutkan, siapa baca LKB mesti dah spoiler pasal kisah ini. Tapi, jangan risau. Ianya lebih sekadar kisah stress dan tekanan ibu bapa. Heee...

Ah, sebenarnya agak kusut juga bila tulis serentak begini. Lebih2 lagi apabila berlainan genre. Seram, lawak, gedik dan dongeng. Fuhh..kejap2 kena tukar mood. Boleh tersplit personaliti aku! Haha! Paksa je diri taip dan taip. Lama2 mesti dah banyak je.


MIRWAN CHOKY -- Thanks Mirwan! Huhu..setakat ini memang kita tak ada versi e-book lagi. Semuanya versi bercetak sahaja. Tetapi mngkin boleh order di www.kedaiblink.com jika mahu. :D

cEro said...

Wow! Prequel berdarah!
Sure best ni. Peminat Aman mesti tak sabar nak tunggu release ni.

All the best Aman Wan.
Keep moving forward!

Aman Wan said...

CERO --- InsyaAllah, Amin!! Kalau pembaca tak sabar, penulisnya pun apatah lagi!

Apapun thanks Cero! ^^

Gege Dai said...

lacoste polo shirts
moncler outlet
ray ban sunglasses
cheap jordans
swarovski crystal
michael kors handbags
cheap ray ban sunglasses
kate spade handbags
celine outlet
kate spade outlet
20170109lck

Unknown said...

moncler outlet
michael kors uk
cheap jordan shoes
nike air force 1
instyler max 2
chicago bulls
reebok outlet
michael kors uk
supra shoes sale
cleveland cavaliers

John said...

louboutin shoes
pandora charms
adidas yeezy boost
coach factory outlet
tiffany jewelry outlet
ralph lauren outlet online
coach factory outlet online
coach outlet online
air max shoes
michael kors outlet clearance
chenshanshan20170304