Tuesday, December 8, 2015

Cabang Baru. Langkah Baru.


Aman sendiri tak tahu nak cakap perasaan kali ini. Ianya sama seperti kali pertama nomik Lawak Sekolah diterbitkan. Tapi... lain sikit.

Pertama kali Aman pegang novel ini, Aman membaca isi dalamnya. Kejap-kejap baca ending. Kemudian baca tengah-tengah. Kemudian ke bahagian babak lain. Dalam kepala terfikir,
"Pehh...ni semua aku yang tulis?"

Memang itu lah. Peh.

Maybe selama ini Aman dikelilingi dengan angan-angan dan dunia lukisan kartun dan komik. Komik dan lukisan membesar bersama. Jadi apabila Aman officially terbit nomik (novel+komik), perasaannya seperti usaha dari kecil kini tak sia-sia.

TETAPI sekarang ini Aman terbitkan novel.

Novel pertama.

Perasaannya pelik. Teruja, kagum dan tak percaya. Tak pernah terlintas pun dulu dalam kepala untuk bergelar Novelis. Memang Aman juga pembaca novel tetapi tidak lah begitu tegar dulu. Sejak Aman join BLINK baru lah perasaan membaca novel itu semakin membuak-buak. Mungkin sebab Aman sudah tahu usaha yang dihasilkan dalam novel.  Sudah nampak betapa strugglenya penulis. Sudah sedar seni baru bernama penulisan kreatif ini.

Itu lah dia.


Dulu Aman selalu bayangkan menulis novel ini lebih mudah dari melukis komik. Tapi keduanya ada pro dan con. (Nanti boleh Aman buat 1 entry khas tentang Novel vs Komik) Cubalah bayangkan, even 1 ayat seperti "Dia kemudiannya rebah menghempas ke lantai..." pun sebenarnya perlu memerah otak. Perlu fikirkan banyak aspek.


Adakah ayat ini relevan?
Adakah perkataan rebah itu sesuai?
Adakah ayat ini mudah untuk disebut?
Adakah ada ayat ang terulang-ulang?

Peningkan? Even 1 ayat sebenarnya adalah 1 usaha keras. Sejak Aman menaip novel ini, baru Aman dapat rasa sendiri susah dan payah menjadi penulis. Dan tentu jugalah keseronokan dan kepuasannya.

Aman memang berterima kasih sangat pada Kak Ain Maisarah dan Tuan Amal yang memberi Aman peluang untuk bekerjasama dan mencuba dalam cabang baru ni. Begitu juga dengan rakan penulis, editor dan segala yang terlibat dalam industri buku kerana banyak memberi inspirasi dunia Aman sekarang. Ini satu dunia baru yang Aman akan teroka dan sangat teruja.


InsyaAllah. Satu lagi jalan telah dihamparkan. Dengan lafaz Bismillah, kini Aman mulakan langkah...

Terima kasih Allah.

^____^

-out-

5 comments:

+AnamuSafir+ said...

good luck ^_^ -kami pon suke kartun gak.. hehe

K.K. :) said...

Yes, entry monolog baru.

Alhamdulillah. Dah sujud syukur? Sebab Allah dah bukakan satu lagi peluang baru dalam dunia kreatif dan dapat menghasilkan genre yang mmg diimpikan. Senjata mata pena memang tajam, tak kira komik, nomik atau novel. Bermakna, apabila kita dapat pengalaman yang pelbagai, buruk baiknya kita sedar.

Semoga apa yang kita tulis itu, jadi peringatan buat diri kita sendiri. Sebab apa yang kita tulis juga akan diperhitungkan.
Insya Allah, akan ada orang yang akan sentiasa mendoakanmu, Bro.

AtiqAziz said...

Peeergh.. kau buat aku terinspirasilah Aman. Bilalah pula nak pegang novel sulung aku. Aiceh!

Aman Wan said...

ANAMUSAFIR --- Hehe, terima kasih! Saya juga suka! ^^

K.K --- InsyaAllah. Akan ingat segala kata-kata dan nasihat. Thanks! :)

ATIQ AZIZ--- Hahaha! Cepat sikit push-push diri! InsyaAllah soon. Sooonn!

Libin Huang said...

supra shoes
valentino outlet
hermes belt for sale
nfl jersey wholesale
tiffany jewellery
michael kors outlet
true religion jeans
instyler ionic styler
prada handbags
longchamp outlet
michael kors handbags outlet
hermes outlet
swarovski crystal
kobe bryants shoes
michael kors outlet
lebron james shoes
louis vuitton handbags
thomas sabo outlet
cheap nfl jersey
cheap mlb jerseys
rolex uk
michael kors outlet
louis vuitton bags
hermes birkin bag
ralph lauren shirts
michael kors wallet sale
adidas wings
michael kors outlet online
air max 2015
michael kors factory store
kobe shoes
lacoste shirts
ysl outlet
michael kors clearance
kobe bryant shoes