Saturday, April 3, 2010

Pekomikon 2010


Wahaha. Nampaknya, selepas pertemuan bersejarah di pesta buku 21hb aritu, aman nampaknya masih lagi seronok utk bertemu dengan ahli2 pekomik. Jadi, pada tarikh 28hb (hari terakhir pesta buku) aman buat kali kedua penyaksikan Pekomikon dan Anugerah Pekomik 2010~!! Disamping berjalan2 dengan kawan2 dari UIA lak. hehe. So, untuk entry kali ni, aman akan selit2 dengan video. Jadi pastikan internet anda dalam keadaan aktif (dan tidak bermanja2) disaat buffering video dalam blog ni kelak. So,lets da story begin~!!

Seperti biasa, kami bertolak dari UIA dalam pkul 12 ke PWTC. (Janji sebenar pkul 10..biasalah kita kn melayu..hik3) Perjalanan kali ni aman ditemani oleh Ajiz (Si Player), Inas (Si Budak Kecik), Balqis (Si Pelakon Airmata) dan KayDee (Si Blurr) yg juga membantu dalam sesi rakam merakam ni. hehehe.

Sesampai je kat PWTC, aman dengan sekali lagi penuh bangga membawa mereka berjalan disekitar Pesta Buku........dan sesat (lagi). Setelah bertanya dengan abg penjaga, akhirnya arah tuju kami jelas balik. huhu. sori la, daku lebih suka berjalan ikut naluri saje. Kemudian masa aman berjalan, aman teringat, aina ada beritahu aman yang beliau akan join abg2 karikatur yg telah aman sebut dlm entry lepas. Jadi, kitorg pon, mula2 melawat booth karikatur untuk terjah~!! dan,YAA~! beliau ada sedang khusyuk melukis karikatur dan kemudian tersengih2 kodok pabila nmpak kitorg. hehehe~!



Setelah bertemu dengan ainaa, (beliau sudah pandai jaga diri) aman bawak diorang pergi ke dewan Kedah dimana Pekomikon berlansung. Depan dewan je aman dah jumpa aviltone dan juga enche wanzu yang juga tersengih2. hehe. masuk2 dewan, WAHHH~ ramai lagi artis2 pekomik yang aman hanya tengok kat facebook dan pergh saja. (dulu aman masih baru, jadi x berapa cam..huhu) Aman jumpa Bop, Jimie, Poyo dan Emi, Alif dan ramaaiiiii lagi. (klu nak list sorang2, agak ramai ye kawan2).

Aman amek tempat duduk dan Kaydee mula merakam! Masa kitorg masuk tu, sesi bersama Comix21 sedang dijalankan. Kelihatan enche Apai sedang petah memberi ucapan disamping enche Zamzami, Tarakucha dan Hamzi yang sedang mempromosi komik sulung mereka di Comix21~! Cayalah!!



Selepas sesi Comix21, tibalah giliran feveret team publisher aman, iaitu Komik-M~!! Forum dibawakan oleh enche Wanzu, Jimi, dan Alifstyle~! Mereka dengan cool nya menerangkan definisi, misi dan visi Komik-M, diselangi komik2 yang telah dihasilkan oleh syarikat tersebut. Selepas tu, mereka jugak ada membongkar beberapa buah komik yang bakal terbit selepas Pesta Buku nanti~!! Pehhh....aman sangat3 jeles! Semakin ramai dah mula kehadapan dengan komik2 yang menarik! aman je masih x bergerak2....ahhhh!!! Cuti 3 bulan nanti aman akan pastikan at least 1 buku bakal dipublish~!!! Yarghhhhhhhhhh~!!! (jadi gile jap kerana teruja)



Sesi Komik-M berakhir dalam lebih kurang pkul 1 lebih. Jadi aman dengan kawan2 amek masa ni untuk jalan2 ke pesta buku. (target perjalanan menuju ke booth PTS.. weee~!!) Tapi sebelum2 tu kitorg melawat kembali ainaa, dan kat situ jugak aman bertemu dan berbual dengan pekomik2 yang hebat2 seperti enche Wanzu, Tangh, Bop, dan enche Poyo. Hoho,sangat cool~!!



Macam biasa, untuk pergi ke booth PTS, kitorg kena lalu jejantas yang panjannngg~! Dan otw nak sampai ke jambatan tu, terserampak lak dengan seorgan ahli silap mata yang berbakat besar dalam segala2 perkara seni iaitu Orang Kuat, Alifstyle~!! dan apa yang x sangka, pertemuan dengan Alif di situ membawa kepada pertemuan kami dengan.......!!!!!! (tengok la video~)



Macam biasa, (tak biasa langsung!) keadaan sememangnya sesak di booth PTS~! Mentang2 hari ni hari terakhir, ramai2 pembaca, pembeli, penjalan2, bersesak2 dengan gumbira dan ria di setiap rak2 buku. Aman juga x melepaskan peluang untuk bersama2 mereka bergumbira menjadi pensesak jalan. Destinasi yang di tuju, tentulah Komik-M~!! (takkan booth Dr. Rozmey kot..) Haha, memang heaven bila nampak banyak komik2 yang banyak camni kat umah aman. hehehe. Aman sebenanrnya nak beli Aku, Kau & Bola. sebab hari tu boleh lak ter-miss tak beli. dem it~! Patut la x goal! (merepek apekah...) Hah, paling seronok tengok, banyak juga komik2 yang semakin berkurangn akibat dibeli oleh pembeli dengan rakusnya. Terutama sekali komik Smash20 yang kelihatan hanya ada SENASKAH je kat rak buku~! Woah~!! Sold Out tuuu! Cool lah Ipan!!



Lepas dah lepak2 kat bahagian komik, aman dengan Kaydee pon pergi ke bahagian Novel PTS. (kengkawan lain gi merempit ntah mane ntah..jadi tinggal kami berdua) Kaydee cakap dia minat buku sengal2, dan sebab aritu aman ada beli novel Diari Mat Despatch karya Bahruddin Bkri, aman pun rekemen kat dia. Hoho, nampaknya, Kaydee memang minat dengan novel diari tu. So, dia decide nak beli 1 untuk koleksi dia gak. Aman ada rekemen novel Karipap-Karipap Cinta, tapi dia kata dah banyak sangat buku yang sama dengan aku nanti. haha,betul gak tu. Orang kate, lebih baik kita hidup berkongsi2, baru lah kreativiti boleh berkembang~! (sape yang kate?) NAK DIJADIKAN CERITA...tiba2 kelibat Bahruddin Bekri muncul di depan kitorg. Kaydee yang teruja dapat bertemu penulis buku pujaan nya jadi tak tentu arah. (hahaha..jgn cube nafikan kaydee.. ini realiti!) Jadi, dengan sifat teruja beliau utk bertemu dengan enche Baharuddin, kami memulakan misi "Stalking Bahruddin Bekri" serta merta~! Roger, bergerak!



Dan selesai misi Stalking Bahruddin Bekri, kini misi Karipap-Karipa Cinta pula menyerang~!! Dalam aman jalan2 tu, skali aman terdengar ada suara orang menyebut nama aman. Toleh2, woah, kak husna rupanya. (umur dia berapa ek.. betulkah betul2 'kakak'..? hmm..) Sempat gak berbual2 dengan watak novel Karipap-Karipap Cinta ni. Kak Husna memang sporting. Dan kitorg sempat gak menangkap gambar untuk kenangan! Wee~! Demam Karipap-Karipap Cinta masih lagi tak habis, bila kami kemudian didendangkan dengan persembahan Blues Bukit Bintang (nyanyian Bart Rasta dlm Karipap-Karipap Cinta) dari Pentas Aktiviti PTS~! Tuan Nazri M. Annuar selako penulis juga ada bersama~! Sangat respek dengan beliau kerana dapat hasilkan novel yang sangat9 best dan kelakar~!! hehehe~! Cool~!!



Kitorg memang xde keje laen. Asyik pusing2 kat booth PTS je. huhu. sambil2 tu, aman pon dalam dilema utk membeli buku. sebab duet bukan ada sangat pon. (dah pokai dah daku..huhu) Tapi akhirnya, aman pon wat keputusan utk membeli novel humor PTS seterusnya, 10 Juta Pulus. Masih belum baca lagi. Tapi harap dia selawak Karipap-Karipap Cinta. hehe. Then masa aman ronda2 tu, ternampak lak Sitrahaslee (pelukis takaza) tengah belek2 komik. aman pon gi la tegor n borak2 jap. Memandangkan hari ni ialah giliran dia lak utk sesi tandatangan dengan peminat. cool~!!



Jam masa tu dah nak pukul 3. Sepatutnya skang lah masa untuk sesi tandatangan tu bermula. tapi sebab kitorg x solat lagi, jadi kitorg decide utk carik surau yg terdekat (jauhhh kott~) utk solat zohor jap. Masa nak kuar tu, ternampak enche Jas berlari2 anak utk cepat ke booth PTS. Go..Go..Meon~!! (tetibe je...) Dah lepas solat, memang aman bergegas ke booth PTS. hoho,tengok2, ada Aviltone, Bop, Reja, dan Sitrahaslee khusyuk dikerumuni peminat2 komik~! Yang peliknya, ramai org mengerumuni mereka, tapi jarak mereka dengan pekomik2 tu nak dekat 1 meter. (Camner nak tengok org melukis kalau berdiri jauh2..) Apapun, keadaan sangat meriah carrey (bak kata poyo) ketika itu. sangat best~!!



Lepas dapat otograf Bop dan Avil, ingat nak gi mintak kat Reja and Sitra lak, tapi mereka sedang dikeremuni dengan ramai peminat2 cilik. Jadi, aman pikir, bagi peluang kepada peminat2 mereka dulu untuk bersama diorg. Aman maybe akan jumpe lagi diorg ni kat office PTS or kat event2 Komik-M. hehe. Harap sangat lah! =)

Masa yang dinanti2kan pon tiba! Anugerah Pekomik 2010 mula berlangsung di dewan Kedah dan dimulakan dengan nyanyian puisi oleh Nikbinjindan yang sangat cool~!! Sedap sore dia. aman agak khusyuk gak ar. Tapi aman x lama sangat kat situ, sebab kawan2 aman dah ajak gi solat dan bila aman masuk balik, anugerah dah separuh bermula.

Ramai jugak artis2 komik yang datang~! Masa tu, aman cuma menunggu seorang je. Setiap kali pintu dewan dibuka, aman mesti toleh klu mamat tu datang. Tapi x.. huhu.. eh, eh, jangan pikiq bukan2, mamat yang aman maksudkan ialah Keith dr Gempakstarz~! Sebab aman mengagumi karya beliau. dan karya beliau gak mnjadi inspirasi aman. Aman ada 1 impian, utk dapat collab dengan Keith satu hari nanti. Hehe! (huh...ntah berapa tahun kah kena tunggu tu...huhu) Apa pun, aman kena terus bersaing! Even dia idola aman, aman jugak menjadikan dia pesaing aman! Maybe orang akan cakap merepek, sebab org amatur macam aman target utk setanding artis pro macam Keith. Tapi lantak lah, ada aku kesah~! hahaha. Yang penting, target aku ni, akan buat aku better dr setiap aspek karya aku. (insyaallah klu aku teruskan konsisten..huhu) Yosh~!!!

Sesi anugerah berakhir dengan lancar. Gempakstarz byk memenangi kategori yang dipertaruhkan, begitu jugak komik2 yang lain. Tapi yang kelakar n bestnya, karya Pac (pelukis TwinX) yang telah dinobatkan sebagai Komik Terbaik memang COOL~!! Memang kelakar bila tengok muka Pac masa nama dia di umumkan (sebab dia da give up n x expect akan menang~! haha) haritu. hahaha. Bak kata Tuan Faizal Mukhtar, boleh lah Pac beli sikat banyak2. Hik3~

Ketika sesi bergambar sedang dijalankan, aman pun amek langkah untur undur diri. Kesian kawan2 yang dah lama menunggu. Huhu. Kitorg pun bertolak utk makan, solat dan terus balik. Hoho, tiba2 member aman Inas menghulurkan komik Aku, Kau dan Komik #2 kat aman! Nak tanda tangan katanya. haha, x sangka hari ni ada gak 1 lagi sesi tandatangan untuk aman. huhu. Tenkiu2 kerana sudi support aman. Hehe.. (masa ni muka mengantuk dan letih, jadi agak muram sket, tapi hati gembira berbunga2..wee~)



Hari tu merupakan hari yang bermakna jugak buat aman. Aman seharian tak habis2 teruja berjumpa pekomik2 heibat kat Malaysia nih~! Hehehe. Aman nak berterima kasih kat kawan2 aman, Ajiz, Kaydee, InaS, Aqis dan Ainaa sebab sudi buatkan hari aman ceria macam ni. And terima kasih gak kat para kawan2 pekomik yang lain dan sorry kalau ada salah laku atau kata. huhu. aman berharap REVgang ada ketika itu. Mesti lagi banyak benda merepek leh rakam. hehehe. (takper2, len kali akan ada~!!) So, 1 lagi tarikh terindah yang bakal tercatat dalam diari hidup aman sebagai pekomik amatur~! Cool~!



-out-


p/s--bajet nak beli 1 komik 1 novel je, x sangka beli lagi banyak dari aritu. adoiii~ X____X

9 comments:

eMi mLi @ Fazl said...

Emi tu pelukis komik ke? :p

Aman Wan said...

"Emi itu seorang yg hebat~! lebih hebat dr pelukis komik yg lain." ini yg pasti diucapkan oleh Tuan Jefferi.

^___^

The Beoples said...

weh... aku masih segan...

*malu malu*

Aman Wan said...

ko masih segan dgn enche bahruddin bekri sampai skang ke?

sweeet~

INDRA QIRANA said...

meriah...

oakleyses said...

oakley sunglasses cheap, louboutin shoes, polo ralph lauren, air max, chanel handbags, burberry outlet, longchamp handbags, louis vuitton outlet, air max, prada handbags, christian louboutin, tiffany and co, louis vuitton outlet, polo ralph lauren outlet, coach factory outlet, nike free, coach purses, louboutin, michael kors outlet, louis vuitton handbags, kate spade outlet, oakley sunglasses, coach outlet store online, michael kors outlet, burberry outlet, longchamp outlet, gucci outlet, michael kors outlet, oakley sunglasses, true religion jeans, coach outlet, jordan shoes, louis vuitton, louis vuitton outlet stores, ray ban sunglasses, prada outlet, ray ban sunglasses, tory burch outlet, louboutin outlet, michael kors outlet, tiffany and co, longchamp handbags, nike shoes, kate spade handbags, true religion jeans, michael kors outlet, michael kors outlet

oakleyses said...

nike free pas cher, sac louis vuitton, nike roshe, polo lacoste, nike trainers, sac longchamp, north face, ray ban sunglasses, air force, new balance pas cher, hollister, michael kors, polo ralph lauren, air max pas cher, louboutin, air jordan, sac louis vuitton, sac burberry, hollister, converse pas cher, nike roshe run, air max, ralph lauren, louis vuitton, sac hermes, michael kors pas cher, michael kors, barbour, ray ban pas cher, lululemon, nike huarache, vanessa bruno, air max, north face, nike blazer, louis vuitton uk, vans pas cher, mulberry, nike air max, longchamp, abercrombie and fitch, timberland, true religion outlet, oakley pas cher, hogan outlet, nike free, nike tn, sac guess, true religion outlet

oakleyses said...

canada goose outlet, mcm handbags, ugg boots, abercrombie and fitch, soccer jerseys, canada goose, ugg boots, north face jackets, babyliss pro, north face outlet, uggs outlet, canada goose uk, ugg pas cher, marc jacobs, giuseppe zanotti, rolex watches, soccer shoes, reebok outlet, ferragamo shoes, canada goose jackets, insanity workout, asics running shoes, bottega veneta, lululemon outlet, uggs, celine handbags, hollister, nike roshe run, nfl jerseys, chi flat iron, canada goose, jimmy choo outlet, ugg australia, canada goose, longchamp, instyler, vans shoes, mont blanc, ugg boots, p90x, wedding dresses, birkin bag, ugg, new balance shoes, valentino shoes, ghd, moncler, mac cosmetics, beats by dre, herve leger

oakleyses said...

pandora jewelry, moncler, moncler, supra shoes, hollister, karen millen, parajumpers, oakley, moncler, moncler, thomas sabo, ugg, air max, swarovski crystal, ralph lauren, converse shoes, moncler, baseball bats, ray ban, ugg, wedding dresses, toms shoes, gucci, canada goose, juicy couture outlet, lancel, swarovski, louboutin, timberland boots, louis vuitton, rolex watches, pandora charms, converse, air max, vans, moncler outlet, pandora charms, links of london, coach outlet store online, iphone 6 cases, hollister clothing store, canada goose, juicy couture outlet, montre homme, hollister