Monday, April 27, 2009

Pekomikon

AMARAN - entri kali ini adalah super panjang. pastikan anda benar2 punyai masa yang begitu lapang untuk membaca nya. dan sediakan popcorn serta pepsi sebagai santapan membaca entri kali ni. hehehe...

Ahh~! sekali lagi tarikh bersejarah dalam dunia pekomikan aku~! Seprti yang di war2kan, Pesta Buku yang berlansung dari 17-26 April telah berlansung di PWTC. dan pada tarikh 25hb, acara yang dinantikan untuk para pekomik dinanti2, apa tak lain, Anugerah Pekomik Malaysia!

oklah,aku datang ke PWTC dengan famili aku. memandang kan abang aku juga mempunyai matlamat nak membeli buku rujukan, serta tarikh yang sama, kami sekeluarga ingin pergi beramah mesra dan bersiar2 sekeluarga. haha.

kehadiran aku kat sana bukan lah suprise (even ia suprise, xde saper pon yg terkejut..huhu) aku juga ada memberitahu rakan2, kenalan2 di internet yang turut pergi ke sana. Dan bila aku sampai kat pwtc, aku terkezut! aku x sangka akan menjadi rojak disini. ramai giler orang! mmg x wujudlah istilah "nak tengok2", terpaksa redah ratusan orang untuk ke tempat lain. aduh.. tujuan destinasi? PTS. tentulah. Komik-M~

Huhu,seriously, aku agak nervous untuk bertemu dengan mereka (kawan2 pekomik) kerana ada diantara mereka yang benar2 sudah berjaya dalam bidang komik. aku yang setahun ubi ni, masih terkedek2 lagi. giler segan aku.. tapi xper ar. peduli apa. yang penting. aku kena pergi tgk realiti aku nanti~!

Masa aku jalan dlm sesak tu (bukan jalan, bertolak2..) mata aku ternampak sesuatu, PTS!! ya,aku dah sampai! aku bertolak2 lagi seperti makcik yang x mahu ketinggalan jualan murah. dan aku ternampak 1 meja keramat yang tersusun komik2 berserta wajah2 yang aku kenal! Aku ternampak pelukis komik Hibrid, Aviltone dan pelukis komik Kecemprengman, Poyo duduk di meja itu (kerusi) sambil ditemani beberapa staf wanita yang aku x kenal. (td kata kenal)

aku pergi ke arah Poyo dahulu, sebab Aviltone mungkin x mengenali aku... ya, dia memang x kenal aku.. dan biler dia pandang, aku hulurkan tangan, nak salam. dan dia pon cam x kenal aku.. haha,padan muka aku~ biler aku sebut nama Aman Wan, terus dia pelawa aku duduk disebelah dia. korang tau, apa aku rasa..? ingat lagi tak, dlm entri aku di midvalley, aku pernah kata, suatu hari nanti, aku akan duduk sebaris dengan para pekomik! dan hari tu impian aku jadi nyata. aku dapat duduk sebaris dengan pelukis Aviltone dan Poyo... =)

ok,x la tercapai sangat. memandangkan meja tu hanya muat untuk 3 kerusi, dan aku duduk di kerusi ke-4, dah tentulah depan aku tiada meja.. (dan x perlu ada meja) sebab itu mmg kerusi rehat.. huhu.. but AT LEAST! duduk dengan mereka, melihat org ramai berpusu mendapatkan tandatangan mereka.. aku bangga. =) bangga dgn mereka.

kat situ, aku berbual2 dengan Poyo. haha,Poyo sememangnya sama seperti dlm blog nya. Kelakar dan sempoi. aku pon sempoi. dan Poyo kemudian bukak beg dan seperti yang dijanjikan, dia bagi aku Komik Kecemprengman vol.2 FREE~ siap ada tanda tangan khas lagi untuk aku. Tenkiu2~ Aku sebenarnya mmg menantikan komik nih. Big Fan kot. (hah,korg bebdk studio aku, pasni mesti korg lebih galak panggil aku kecempreng! cis..aku x pedulik..hoho)

Aman, semoga kau aman di sana.. Wahahaha !!!- Poyolverine (hehe)

Aku pastu mintak diri jap, aku nak masuk dewan nak tgk apa jadi dengan event Pekomikon kat dalam. aku berjalan menuju ke dewan (ckp cam jauh jer.. sebelah je pon..), sampai kat pintu, mata aku melilau mencari seseorang. yup, seseorang yang aku x sempat jumpe masa kat Comic Fiesta dulu. Irfan, bakal pelukis Komik Sky Shuttle~!

n then, Yah! nampak! dan bersama dia ialah 3 individu yang x asing lagi.. Pac (pelukis TwinX), encik Wanzu (Editor Komik) dan Alifstlye (pelukis, penulis, ahli silap mata, editor, pelawak, dan segala punya "peng" la). Aku tegur Irfan, dan YA~ beliau x kenal aku juga... huhuhu... Aku cakap aku Aman Wan (lagi) dan dia seolah2 seperti Julia Ziegler ketika dirasuk dalam movie Jangan Tegur. Tidak mempercayai ini aku. huhu.. Pac lak memandang aku, lalu terus tanya, "ko pegi gym ke??" hehe..aku tau aku tough~ (boboy jangan jeles..ko boyot~) =p bersalam dengan enchk Wanzu, aku sudah mengagak soalan dr dia.. "Komik camner?" Yah~! jangkaan yang tepat! dan seperti biasa, jawapan yang aku sudah sediakan selama 3 hari utk soalan berkenaan.. aku senyum. "Dalam progress.."




Duduk sebelah Pac n Irfan (terutama Pac) otak aku dibasuh dengan topik2 yang telah mereka bincangkan.. "Hens".. haha..apa tu "hens"? paham2 sendiri. x abis2 si Pac nih membasuh otak kami yang masih suci~ (hehe) Aku x berpeluang berbual lama dengan encik Wanzu kerana dia juga menjadi MC ketika tu.. begitu jugak Alif, sebab dia kelihatan sibuk menguruskan sesuatu. dan ada emergency call katanya hinggakan dia pulang awal~
Aku (simuka kodok), Pac dan Irfan



Encik Wanzu dan Aliystyle (huhu..x sempat snap dr depan)




aku kemudian lepak kat belakang. aku nampak ada komik baru (x baru sgt) dijual. OKA. tentang budak syaitan. harga rm2. murah~ masa kat belakang tu, Poyo ada berbual dengan seseorang, dan aku diperkenalkan. WOHH~! x sangka kali ni "seseorang" itu mengenali aku! dia pernah baca blog aku. Brader Joe namanya. hehe. orang yang meminati komik jugak. aku banyak habis masa berbual dgn dia memandangkan, aku dgn dia sama jer, x kenal ramai org kat dlm dewan tu.. mmg x nafikan, ada ramai pelukis2 komik dalam dewan tu, ada yang aku cam, ada yang x. yang aku cam, Xanseviera, Kenny, Slaium, dan pelukis2 komik-M la.. Irfan ada jugak lepak dengan aku di belakang. melihat ceramah yang sedang disampaikan oleh warga komik-M, (Aviltone, ench Wanzu, Pac) Poyo pula bermain nyorok2 semula. hahaha~
Aviltone, encik Wanzu, dan Pac

Sambil2 itu, aku bergambar dengan beberapa individu yang tentunya menjadi orang2 yang dalam perjalanan dunia komik aku. orang2 yang saling support aku. Thanx to Poyo, Irfan, Brader Joe, dan yang lain2. aku x sempat bergambar dengan yang lain kerana x sempat dan keadaan yang sesak memaksa aku membuat keputusan begitu.. (sesak kat luar)

suasana dalam dewan



Aku dan Irfan (cis..dia lagi tinggi dari aku!)


Hoho..tanpa beliau tiadalah Kecemprengman, kenalkan Mr.Poyo!


Dan kemudian seorang individu yang mencatat sejarah di Malaysia masuk ke dalam dewan. beliau yang di nobatkan sebagai Kartunis Negara, seorang pekomik yang dapat menembusi pasaran dunia dengan karya2 menarik beliau, siapa x kenal, Dato' Lat~!! aku x melepas peluang untuk bergambar dengan dan bersalam dengan beliau! bukan senang nak jumpa Dato' Lat secara live. huhuhu~

Dengan Tokoh Kartunis Negara, Dato' Lat~! credit to Irfan. tenkiu~

Dalam masa aku lepak2 kat blkang tu, ramai la yang lalu lalang depan aku, ntah diorg maki aku ke tak nyibuk je berdiri kat jalan orang.. dan kemudian.. kelibat seorang jejaka berkemeja putih muncul secara x lansung di depan aku. melintas. jejaka yang memberi inspirasi dalam seni lukis aku, yang menjadi rujukan aku dlm penghasilan karya, yang aku nanti sebelum2 ni.. aku seriously terkejut! aku x sangka boleh jumpe sedekat ni dengan dia. secara spontan, aku tersebut kuat nama dia, "Keith!" Yup, Keith, pelukis Lawak Kampus dan Wasabi di Gempakstarz! alamak,malu dowh..terkuat lak! dia perasan aku sebut nama dia, dia pandang n senyum. (peh..aku citer cm gay lak.. damn..)

so,peluang ni mmg aku x boleh siakan la. individu yang mencetus inspirasi aku dlm impian komik aku, ada kat depan. aku pon nak bergambar dgn beliau! tapi... Tuhan itu Maha Agung.. tiada yang lebih baik dari-Nya.. kamera aku kehabisan bateri.....................tp! still nyawa2 ikan. boleh la snap 2-3 lagi! aku try. dengan bantuan Brader Joe, aku dgn malu2 kodok, boleh lak mintak nak bergambar dgn dia kat tgh2 dewan tu.. huhu.. aku mintak Brader Joe snap 2 kali. kira ada backup kalau pic 1st x jadi. n sekali jangkaan aku tepat! hahaha, 1st picture memang x jadi! begitu juga dgn 2nd pic! wahahahahahahahahahahaha! (da giler)


dua2 gambar x sempat snap sebenarnya sebab bateri kong! damn! Brader Joe offer bateri, tp aku ckp xper.. (aku bajet cool) n then dia offer utk tangkap balik pic aku dgn Keith gune kamera dia lak. tapi, perlukah aku untuk memalu kodok kembali utk ke tgh dewan dan bergambar semula? tidak.. aku x cukup berani~ dan sekali lagi, Tuhan itu Maha Pemurah.... Keith tibe2 ke belakang (arah aku) utk ambil sesuatu.. peluang baik! dan akhirnya, berjaya aku mengabdikan kenangan aku bersama pencetus inspirasi aku selama ni.. huhuhu..

Bersama Keith! Tgk muka aku tgh gembira kodok tu.. credit to Brader Joe. Tenkiu~!


Tiba2..truuttt...truttt.. henpon aku berbunyik~ Ah,da sampai! hehe,wakil dari uia bukan aku seorang waktu tu, kehadiran seorang bakal pekomik yang akan sama2 berjuang bersama dengan aku, Aina! (Kitty-chan) dia datang ngan bakal kakak iparnya yang sangat sporting, sempoi dan loyar buruk gak kenkadg. aku siku kang. hahahaha, sori kak. gurau~! =p Aina ni selepas aku basuh dia aritu untuk lukis komik, akhirnya bersih gak biler dia skang bersemangat utk hasilkan komik dengan komik-M nih. hehe. sekali dia bawak file art dia da.. apa lagi,encik Wanzu dan beberapa pekomik seperti Pac, Aviltone dan lain, menggeledah file si Aina ni. tgk artwork dia. huhu..paling beruntung.. dia siap leh duduk kat meja pelukis tu kot.. (dgn meja.. aku xde meja..) huhu.. tp ok la, ramai bagi semangat kat dia untuk wat komik. n aku tgk dia semakin bersemangat! yeah! jom sama2 kita lukis komik wahai Mama Tikoz~ hahaha..

sempat consult tu, hehe. gud luck Aina~!

Selang beberapa minit.. tibalah masa untuk aku pulang. Mak dan ayah dah panggil. ada tempat lain utk kami ziarah. huhu. aku pon rembat sebanyak mana komik yang menarik (sumer sebenarnya...) dan membuat pembayaran. Nasib aku ada duet sket. Pastu, aku ingat nak amek otograf Pac dgn Aviltone sebelum balik.. tapi abis je aku buat pembayaran.. aku tgk sumer warga PTS da ilang.. termasuk gak si Aina dgn labu2nya.. ehh?? mana diorg ni.. aku pon ckp, xper la.. next time. Next time aku mesti akan dpt. hehehe. Lalu aku pun pulang dengan seribu perasaan dan kenangan yang aku rasa x nak spoil kan sampai bila2!

aku dpt tau, acara makin meriah selepas aku tiada. kedatangan beberapa org membuat persembahan, Kartunis Ujang, Imuda.. (aku mahu jumpa Imuda jugak!) dan anugerah Pekomik. Tahniah aku ucap pada Br.Azhar selaku Presiden Pekomik yang berjaya mengadakan mjlis sebegini. mungkin acara ini ada sedikit kontroversi, tp aku harap sekurangnya hormat atas segala pengorbanan Br.Azhar yang dia telah lakukan untuk industri komik di Malaysia. tanggungjawab dia sgt besar, dan percayalah, event ni telah membuka semangat ramai jiwa untuk berkarya dalam Industri Komik! Tahniah dan syabas buat Br.Azhar! Tahniah juga atas kemenangan beliau. 4 kategori termasuk anugerah Komik Terbaik! Begitu juga dgn warga Pekomik yang byk berusaha! hehe tahniah!

Tahniah warga PEKOMIK~!



Sejujurnya, tarikh ni, tarikh bersejarah dalam dunia aku.. satu lagi langkah untuk aku kehadapan. dan aku tau, bukan senang utk capai impian aku. dan aku tau aku akan berusaha untuk capai impian tu. x kisahlah apa akan jadi, aku sangat2 enjoy perjalanan dunia komik aku aku, even suka dan duka, semuanya bermakna dalam hidup aku~ Masa utk berusaha! Ganbatteh Aman-kun!!

Komik2 yang aku borong ketika tu. skali lagi, komik Kecemprengman dapat free.. huhu

-out-

yeah~! aku da siap draft bertulis! nantikan kedatangan Hero Nenas Tajam!

19 comments:

Irfan F-one-R said...

hahaha.. besh gilerr...~!

wah ade artis komik baru lagi..?? hebbat2... komik ape yg die buat..??

besh ar jumpe kau aman.. huhu.. kang mcc kang dtg jugak le ek.. ajak skali pac ngan wanzu buleh borak lame2..

nantilah aku ttpkan bile nak pegi opis pts... borak lame2 jugak.. yearghh..

Aman Wan said...

yup,best2! *x peduli segala kontrovesi* hehehe

lukisan dia ala2 Ben (Le Gardenie) n dia akan buat cita pasal kelab silat kat sekolah. kira more to drama dr aksi. pasal persahabatan. hehe,lukisan dia mantap gak.

haha,mcc? apakah? orait, apa2 nnti, aku inform ko kalau nak g ofis Pts. yeah~!

bear & butterfly said...

wahhhh!!!! sgt bez la kamu..^,^
well..gudlak 4 u...smuga jadi cm dorg gk nnt taw..=)
ganbatte aman-kun!!! ^,^

INDRA QIRANA said...

ruginya tak dapat menghadirkan diri..abg aku khawin time tuuuu....

meo188 said...

panjngnye post... huhuhuhu

nanti nak join jg nanti... thun dpn.

xade kesempatan nk dtg baru2 nie.

MuzAkir said...

Shazzzz~~~ Ko pegi tak gitaw aku seyy.. Putrajaya kan area aku (bajet je.. :P) Aku gi book fair ahad. Taktaw lak ade "Pekomikon" ni! Adussss T_T

Tapi takpe. Aku dapat jumpa Faisal Tehrani. Jadi ah tu. Hehe

jemari bebas? said...

mggelabah kau. tough nye abg aman wan, minat i tau~
dem u!

Aman Wan said...

fairuz- hehe,thanx! yup,sgt best join event nih! =)

indra qirana- huhu,syg nye x dpt join.. sgt meriah! xpe, next year ada. =)

meo- yeah! thn depan kena join. aman pon akan join gak! yeah! hope thn depan dpt join dgn komik skalik. huhu

muzz- sori2! aku lupe! huhu..exited sgt
tp aku x lama pon. haha,ok la. ko da jumpe penulis ternama, aku lak jumpe pelukis negara. yeah. fair n square! =p

boboy- haha,da agak ko jelesss~!

xara said...

bersalam dengan enchk Wanzu, aku sudah mengagak soalan dr dia.. "Komik camner?"

- Saya dah lama mengelak dari jumpa dengan Wanzu..huhuhu

Aman Wan said...

xara-- eh? kenapa? mesti ada janji buat komik gak. haha. jom lah. sama2 kita wat komik. kalau x sempat siap, boleh sama2 lari dr encik wanzu. hahaha

xara said...

dengan wanzu pun ada janji, dengan alifstyle pun ada janji, tapi sampai sudah tak terbuat-buat. Suruh buat komik, yang jadinya novel. Huhu. kena belajar arrange masa balik ni.

Aman Wan said...

wah...dua dalam 1.. kira buat mana yang rasa senang dulu la. tumpu pada 1 dulu, then bile yg 1 tu da nak siap, or da siap separuh, br buat yg kedua. or boleh je buat dua2 serentak. hehe. slow2. xper. aman pon ingat pas buat komik, nak try novel gak. hahaha.

jom,jom, aman sapot!

faizul darius said...

wah banyaknya komik.

Aman Wan said...

hahaha, x byk sgt ni. kalau boleh, nak beli lagiii~

oakleyses said...

oakley sunglasses cheap, louboutin shoes, polo ralph lauren, air max, chanel handbags, burberry outlet, longchamp handbags, louis vuitton outlet, air max, prada handbags, christian louboutin, tiffany and co, louis vuitton outlet, polo ralph lauren outlet, coach factory outlet, nike free, coach purses, louboutin, michael kors outlet, louis vuitton handbags, kate spade outlet, oakley sunglasses, coach outlet store online, michael kors outlet, burberry outlet, longchamp outlet, gucci outlet, michael kors outlet, oakley sunglasses, true religion jeans, coach outlet, jordan shoes, louis vuitton, louis vuitton outlet stores, ray ban sunglasses, prada outlet, ray ban sunglasses, tory burch outlet, louboutin outlet, michael kors outlet, tiffany and co, longchamp handbags, nike shoes, kate spade handbags, true religion jeans, michael kors outlet, michael kors outlet

oakleyses said...

nike free pas cher, sac louis vuitton, nike roshe, polo lacoste, nike trainers, sac longchamp, north face, ray ban sunglasses, air force, new balance pas cher, hollister, michael kors, polo ralph lauren, air max pas cher, louboutin, air jordan, sac louis vuitton, sac burberry, hollister, converse pas cher, nike roshe run, air max, ralph lauren, louis vuitton, sac hermes, michael kors pas cher, michael kors, barbour, ray ban pas cher, lululemon, nike huarache, vanessa bruno, air max, north face, nike blazer, louis vuitton uk, vans pas cher, mulberry, nike air max, longchamp, abercrombie and fitch, timberland, true religion outlet, oakley pas cher, hogan outlet, nike free, nike tn, sac guess, true religion outlet

oakleyses said...

canada goose outlet, mcm handbags, ugg boots, abercrombie and fitch, soccer jerseys, canada goose, ugg boots, north face jackets, babyliss pro, north face outlet, uggs outlet, canada goose uk, ugg pas cher, marc jacobs, giuseppe zanotti, rolex watches, soccer shoes, reebok outlet, ferragamo shoes, canada goose jackets, insanity workout, asics running shoes, bottega veneta, lululemon outlet, uggs, celine handbags, hollister, nike roshe run, nfl jerseys, chi flat iron, canada goose, jimmy choo outlet, ugg australia, canada goose, longchamp, instyler, vans shoes, mont blanc, ugg boots, p90x, wedding dresses, birkin bag, ugg, new balance shoes, valentino shoes, ghd, moncler, mac cosmetics, beats by dre, herve leger

oakleyses said...

pandora jewelry, moncler, moncler, supra shoes, hollister, karen millen, parajumpers, oakley, moncler, moncler, thomas sabo, ugg, air max, swarovski crystal, ralph lauren, converse shoes, moncler, baseball bats, ray ban, ugg, wedding dresses, toms shoes, gucci, canada goose, juicy couture outlet, lancel, swarovski, louboutin, timberland boots, louis vuitton, rolex watches, pandora charms, converse, air max, vans, moncler outlet, pandora charms, links of london, coach outlet store online, iphone 6 cases, hollister clothing store, canada goose, juicy couture outlet, montre homme, hollister

oakleyses said...

pandora jewelry, moncler, moncler, supra shoes, hollister, karen millen, parajumpers, oakley, moncler, moncler, thomas sabo, ugg, air max, swarovski crystal, ralph lauren, converse shoes, moncler, baseball bats, ray ban, ugg, wedding dresses, toms shoes, gucci, canada goose, juicy couture outlet, lancel, swarovski, louboutin, timberland boots, louis vuitton, rolex watches, pandora charms, converse, air max, vans, moncler outlet, pandora charms, links of london, coach outlet store online, iphone 6 cases, hollister clothing store, canada goose, juicy couture outlet, montre homme, hollister