Sunday, February 8, 2009

Detik Awal di PTS


Untuk peringatan, entry ni agak panjang. Jadi, aman sediakan beberapa lukisan untuk korang yang baca dapat rehatkan mata korang dari membaca teks saja. Gomenasai… Anyway, mungkin agak lambat untuk aman tulis entry nih. Tapi sebab masa yg agak ketat dgn tugasan di universiti, jadi sedikit tergendala blog ni. Ok,masa untuk berkongsi pengalamn. Hehe..


Khamis lepas, (29 januari) menjadi tarikh bersejarah dalam langkah awal aman dalam industri pekomikan nih. Dah dekat 3 minggu progres komik aman tertunggak, akhirnya, aman pilih hari tu untuk berjumpa dgn editor, Wan Zuhairi (Wanzu) di ofis PTS untuk langkah seterusnya. Hmmm.. dlm 3 minggu tu, bukanlah aman x buat apa2. aman sempat jugak menyiapkan 30 m/s thumbnail (atau draft) untuk komik aman. Oleh sebab aman xde buat sample page yang dah di ingking, jadi, aman juz bawak segala art yang aman penah hasilkan untuk di tunjuk.




Aman bertolak dalam pukul 10 lebih.. naik teksi. (pergh..pakcik teksi bawak mcm org mabok wooo..) setelah 15 minit bergelumang dalam teksi “maut” tu, aman sampai gak kat Wangsa Melawati tempat ofis PTS tu berada. Hehe,so, agak teruja la nak masuk. Ni first time aman gie kat sana, so, aman masih x familiar la. Aman terpaksa carik2 mana ofis dia.





Jalan punya jalan, tawaf dua kali, aduh.. mana ek...???


X jumpa daa.. aman tercarik gak kalau ada ternampak signboard berbunyi “AMAN,OFIS KAMI DI SINI” tapi harapan la nak jumpa signboard gitu... arh... pusing lagik sekali.. then tetiba aman teringat, dalam blog kawan aman yang penah ke sana, Irfan, dia ada cakap yang signboard PTS kecik dan pintu dia naik tangga ke atas.. ohh,so, aman pun tgk la setiap pintu, then JUMPA~!! Yeaaah~


Aman amik masa 5 minit kat bawah x naik2. first sebab cuak. Ini penentu masa depan kot.. so,aman kena betul2 bersedia untuk hadapi nih.. kedua, aman terpaksa kemaskan diri jap. Dgn panas dan muka yang serabut, terpaksa rehat jap sebelum naik. And ketiga, sebab aman kena susun balik file2 artwork aman. Asalnya nak susun dalam teksi, tapi keadaan teksi membuatkan aman mengucap sepanjang perjalanan.. huh,aku x kan naik teksi mu lagi pakcik~!


Akhirnya, aman naik dan berdiri depan ofis, dan suara2 gelak tawa terdengar dari dalam. Pergh..ramainya org. Then ada brader dtg n tanya,nak jumpa saper? So,aman cakap nak jumpa Wanzu. So,Wanzu pun dtg n jemput aman duduk sekali untuk memulakan perbincangan.


Well,aman agak nervous asalnya, coz aman bukan pro dan ni first time kan.. tapi rupanya, perbincangan dengan editor ni sama saja macam tgh consult dgn lecterur. Kalau lecterur,kita tunjk design produk, n kita citer. Sama gak cam komik. Aman tunjuk draft, and citer. Neway,aman mula rasa selesa sket. Hehe.. well, perbincangan ni bukan melibatkan aman dgn Wanzu saja, tapi brader Koma (lupa nama penuh beliau) jugak ada sama ngan aman. Kira mcm tgh consult dgn 2 lecterur la. Hahaha..Banyak perkara yang perlu aman tambah dan buang. Jugak, banyak idea2 bernas dan lebih memudahkan dari kedua2 mereka. Antara nya komen yang aman terima ialah:


1) Ada page terlalu padat dengan panel. (takut terlalu kecik bila di publish)


2) Terlalu banyak close-up pada muka. Perlu ada detail/background antara 2-3 pages.


3) Perspektif perlu variasi. Jgn byk pandangan straight saja.


4) Flow cerita mestilah mudah difahami pembaca. Jangan terlalu banyak melompat ke scene lain.


5) Ada beberapa karakter masih nampak sama. Cuba bezakan bentuk muka dan badan dengan lebih ketara.


Selain itu,ada gak menambahan idea dari mereka supaya cerita aman lebih menarik, antaranya idea tentang intro yang lebih jelas dan menambahan karakter haiwan dalam komik aman nanti. Memang seronok dapat berbual2 pasal komik dan dapat tahu kelemahan, sekurangnya, masih belum terlambat untuk aman baiki dan beri yang terbaik akan datang. Yosh~!


Lepas sesi komen aman selesai, jadi ada masa sikit, aman saja berbual2 dan bertanya tentang perkembangan komik-m. Dan aman dapat tahu lebih 20 orang sudah menghantar proposal kepada komik-m untuk dipublish. Dan Cuma ada belasan yang memberi komitmen. Pergh..bagi aman itu agak ramai,dan ini maknanya, persaingan lebih banyak. Dan akan bertambah2 lah lagi komik tempatan di pasaran nanti. Yesh~! Mmg x sabar nak tunggu industri komik di Malaysia boleh mencapai sebagus di Jepun dan US. Lebih2, komik-m membawa mesej keislaman dan ketimuran dalam komik2 dia. Jadi,mmg bagus sangatlah untuk dikembangkan. Hehehe..


Oh,dan aman dapat tahu, brader Koma juga antara yang bakal menjadi artis di Komik-M. Saudara Wanzu ada bagi aman tengok proposal komik brader Koma, dan PERGH~ sangat clean, stroke yang cun n unik, dan mmg best~! Brader Koma lukis komik bola. (rasanya,ni lah komik yang Irfan ckp aritu, pasal sport..) Sgt kemas komik dia. N terasa rendah diri ak masa tu.. br tunjuk satu, belum Wanzu tunjuk sume proposal.. mesti balik tertonggang kat katil mengenang stroke ku yang ala2 sedang2 saje nih..huhuhu..


Anyway,aman kendian mintak diri. Memandangkan pukul 2 hari tu aman ada kelas. Jadi, masa aman nak balik tu, brader Koma ckp dia nak balik gak. Dan dia kata nak tumpangkan, sebab da alang2 lalu depan UIA. segan gak nak tumpang2 ni, tapi, da org ajak. Terima je. Hehe.. (dari naik teksi gila cam tadi...huh..)


Setelah hari bersejarah tu, aman masih belum sempat membuat sebarang progress.Memandangkan hari jumaat, ada site visit utk pelajar interior ke KLCC. Then, hari sabtu sampai isnin ada trip studio ke Melaka. Hehe,sonok giler gie jenjalan. (sedangkan byk keje2 bengkel tertunggak nih..) apapun,aman nak ucap thanx pada Wanzu and brader Koma coz bagi idea suma tu. Maybe next time aman akan dtg lagi dan harap2 dengan lebih byk improvement dr sebelum nih. Insyaallah~



Masa untuk bekerja lebih keras~!



^__^


Muzz,entry untuk ko ontheway.. sori2~


Alif,sampai ati x cam aku aritu..huhu..

17 comments:

sEsuki xD said...

bgs2
pkembangan yg baik utk dirimu
gambate! xD

jgn dok meronggeng aje
tgk, keje da blmbk
si khai pon tgh sibok nk ukir jewelry box dier
huarghhh3

meo188 said...

hebatlah bro!!!

omarkhayam said...

oi aman, ak doakan kamu berjaya dalam apa jua bidang kamu ceburi... selamt2 maju jaya

fandi said...

semuga sukses aman! bersemangat aku baca cerita ni tiba tiba.. haha

alifstyle said...

Aman, aku serius tak perasan kau. Aku ni rabun jauh. JEnis malas nak pakai cermin mata.

Lain kali, tegurlah aku. Aku suka borak2 dengan orang macam kau ni. Lagi2 orang kartun :)

minta maaf sebab tak perasan kau ada kat sana. Sorang pun tak beritahu aku kau ada kat situ.

Muzak said...

Ooh~ Seronoknya! ARGH. Aku nak gak tgk cemana process behind the scenes publish comics kat Malaysia nih. So much to learn~ Untung betul. Ko ni cam sengaja nak menimbulkan balik minat melukis aku. Chet. Nasib baik aku tak terer :P

QiB said...

nak pi melaka ker? biler tuh?
sayangnyer kite dah x cuti lagi. kalo x bleh bawak jln2.
hahaha~~

wow, nmpaknyer dah makin hampir nak jadik pelukis komik.

kang kalo2 dah siap ker l(ineart n dialog skali) citer utk jilid satu, beri ler kite tgk dulu ek, sblom publish. tho x pandai nak komen, tapi dpt gak tgk feeling komik tu.

*daku masih lagi menyepi dengan kos kedoktoran nih.. huhuhuhu..

Irfan F-one-R said...

hehehehe.. tahniah aman~!! walopon lepas seminggu baru nak update entry.. huhu..

nasib baik kau ingat kate2 aku dlm blog.. kalo tak sampai esoknyer pun kau tak jumper kot.. len kali tgk la peta dulu kat website diorang..

besh en jumpe editor?? panas woo telinge kene perli.. walopon wanzu ckp ngan kate2 yg baik tapi kekadang terase jugak.. hahak.. well kiter pun org baru mmg byk nak kene blaja..

nasihat aku.. teruskan jer melukis.. sketch jer sampai kau dah nak muntah tgk sketch2 tuh.. then tunjuk kat wanzu.. dier sbnarnyer lagi tau dr kite pelukis komik neh.. huhu..

maybe kiter tak nampak tapi dier lagi berpengalaman lar.. jgn risau ape yg dier kate dan buat tuh mmg yg terbaik ntuk kiter punyer..

harap kiter leh jumpe secare kebetulan kat opis pts nanti.. hahahahak..

jemari bebas? said...

maen je keje bdak ni.. keje x siap lg..
ayoppp~

Aman Wan said...

sesuki--
-hehe,thanx jee. huhu,sbb keje melambak lah aku x dpt nak aktif melukis.. wuuwuu.. yela, masa utk menolong abg jambumu mengukir.. huhu..


meo--
-thanx meo. jom la join gak komik-m meo~!


omar--
-thanx omar. aku pon doakan kamu berjaya dalam bidang photography. hee.. smoga success ya~


fandi--
-terima kasih fandi. mari kita sama2 suksess dan berkongsi. x rugi kongsi ilmu utk inspirasi yg lain. hee.. smoga suksess juga~


alif--
-hahaha,kau mesti gelak kalau aku cerita mcmmana aku nmpak kau. masa tu x silap aku tgh naik tangga, dan kau lalu. kau ada pandang aku,dan terus jalan. haha,aku yg nak tegur asalnya pun curiga, betul ke itu kau.. haha,sori2.. pasni aku akan tegur. haha.


muzz--
-haha,yup seronok. even cam byk keje kena redo, tp benda ni yg paling best dlm saat nak wat komik. br byk benda dpt belajar. neway muzz, jgn ar rendah diri sgt, mcm aku x tau penulisan ko sgt la gempak~ try jadi penulis la. atau pun, akan dtg utk komik yg lain, boleh kita collab. haha,ala2 cam Bakuman lak. =p


Qib--
-haha,dah balik dr melaka dah pun. oh,org melaka kah?? haha,thanx coz nak wat jalan2. aritu 2 malam jalan2 sampai pagi kat sana. huhu.. ok2,aman akan letak previewnya kalau komik aman siap. neway, hope boleh beri inspirasi pada org lain utk terus bekarya. neway,Qib. blaja leklok. amik medic ek? pergh..susah tu.. (bg aman la..) gud luck~


irfan--
-haha,sonok2. aku da tgk da peta diorg, tp bukan peta tu guna google earth ker? haha,jadi aku tercarik2 je mana pintu dia. neway,nasib jumpa. haha.. neway,best gak kalau dpt consult sama2 dgn Wanzu, tp segan ar aku. ko punya komik lebih gempak dr aku. lagipun dah 49 mukasurat tu.. huhu.. aku kena mula buat thumbnail balik. tp best. hehe,sebelum ni x penah dpt belajar tentang komik secara formal. ini pun kira belajar jugak la kan. hehe,thanx irfan. hope boleh sama2 berjaya~


jemaribebas--
- ah,boy.. apa boleh buat.. kau juga tekun mendesign baju, even keje x siap gak..hahaha.. sperti dlm blog kau kata, ini namanya TERUJA...heee

Animetor Lily said...

hehehe seronok baca blog entry nih.. x3 siap ada gambar, bertambah comel ceritanya! Berusaha! Amankun! >w<

Aman Wan said...

thanks lileh-san~! ^__^
hahaha,sebab entry ni panjang sgt jd, tu yg letak pic2 tu~ hehe

lily pun sama,gud luck dgn komik MQ tu yer~ ganbatte~

oakleyses said...

oakley sunglasses cheap, louboutin shoes, polo ralph lauren, air max, chanel handbags, burberry outlet, longchamp handbags, louis vuitton outlet, air max, prada handbags, christian louboutin, tiffany and co, louis vuitton outlet, polo ralph lauren outlet, coach factory outlet, nike free, coach purses, louboutin, michael kors outlet, louis vuitton handbags, kate spade outlet, oakley sunglasses, coach outlet store online, michael kors outlet, burberry outlet, longchamp outlet, gucci outlet, michael kors outlet, oakley sunglasses, true religion jeans, coach outlet, jordan shoes, louis vuitton, louis vuitton outlet stores, ray ban sunglasses, prada outlet, ray ban sunglasses, tory burch outlet, louboutin outlet, michael kors outlet, tiffany and co, longchamp handbags, nike shoes, kate spade handbags, true religion jeans, michael kors outlet, michael kors outlet

oakleyses said...

nike free pas cher, sac louis vuitton, nike roshe, polo lacoste, nike trainers, sac longchamp, north face, ray ban sunglasses, air force, new balance pas cher, hollister, michael kors, polo ralph lauren, air max pas cher, louboutin, air jordan, sac louis vuitton, sac burberry, hollister, converse pas cher, nike roshe run, air max, ralph lauren, louis vuitton, sac hermes, michael kors pas cher, michael kors, barbour, ray ban pas cher, lululemon, nike huarache, vanessa bruno, air max, north face, nike blazer, louis vuitton uk, vans pas cher, mulberry, nike air max, longchamp, abercrombie and fitch, timberland, true religion outlet, oakley pas cher, hogan outlet, nike free, nike tn, sac guess, true religion outlet

oakleyses said...

canada goose outlet, mcm handbags, ugg boots, abercrombie and fitch, soccer jerseys, canada goose, ugg boots, north face jackets, babyliss pro, north face outlet, uggs outlet, canada goose uk, ugg pas cher, marc jacobs, giuseppe zanotti, rolex watches, soccer shoes, reebok outlet, ferragamo shoes, canada goose jackets, insanity workout, asics running shoes, bottega veneta, lululemon outlet, uggs, celine handbags, hollister, nike roshe run, nfl jerseys, chi flat iron, canada goose, jimmy choo outlet, ugg australia, canada goose, longchamp, instyler, vans shoes, mont blanc, ugg boots, p90x, wedding dresses, birkin bag, ugg, new balance shoes, valentino shoes, ghd, moncler, mac cosmetics, beats by dre, herve leger

oakleyses said...

pandora jewelry, moncler, moncler, supra shoes, hollister, karen millen, parajumpers, oakley, moncler, moncler, thomas sabo, ugg, air max, swarovski crystal, ralph lauren, converse shoes, moncler, baseball bats, ray ban, ugg, wedding dresses, toms shoes, gucci, canada goose, juicy couture outlet, lancel, swarovski, louboutin, timberland boots, louis vuitton, rolex watches, pandora charms, converse, air max, vans, moncler outlet, pandora charms, links of london, coach outlet store online, iphone 6 cases, hollister clothing store, canada goose, juicy couture outlet, montre homme, hollister

mao qiuyun said...

mcm bags
ray ban sunglasses
louis vuitton outlet
jordan 4
ray ban
coach outlet
instyler ionic styler
rolex watches,rolex watches,swiss watches,watches for men,watches for women,omega watches,replica watches,rolex watches for sale,rolex replica,rolex watch,cartier watches,rolex submariner,fake rolex,rolex replica watches,replica rolex
minnesota vikings jerseys
michael kors factory online, http://www.michaelkorsfactoryoutletonline.com
ray ban sunglasses online
ugg boots, http://www.uggboot.com.co
swarovski uk
converse shoes
boston celtics jersey
true religion jeans
polo ralph lauren outlet
asics running shoes
roshe run men
polo lacoste pas cher
snapback hats
north face jackets
michael kors uk
ray ban uk, http://www.raybansunglass.co.uk
cheap nba jerseys, http://www.nbajerseys.us.com
cheap snapbacks
ralph lauren uk
dansko outlet
oakley sunglasses wholesale, http://www.oakleysunglasseswholesale.in.net
cartier love bracelet
true religion jeans, http://www.truereligionoutletstore.us.com
michael kors outlet store, http://www.michaelkorsoutlet-store.us.com
oakley sunglasses, http://www.oakleysunglassesdiscount.us.com
the north face outlet store
beats headphones
ysl outlet
0815maoqiuyun