Tuesday, July 1, 2014

Kemanisan yang Baru


Umur meningkat lagi. Sekarang ini waktu struggle. Mula menjejakkan kaki ke alam dewasa. 

Aman masih lagi dalam proses percubaan. Percubaan dalam karier, dalam hidup, dalam masa depan. Harapnya semuanya berjalan lancar.

Apapun, tahun ini Aman bercadang untuk cuba sesuatu yang dah lama Aman nak cuba. Tarikh hari ini menjadi detik permulaan.

Semoga journey ini tidak terhenti separuh jalan. Semoga kemanisan diakhirnya akan dapat dirasa juga. Hihihi!


-out-

Monday, June 23, 2014

Aku yang Rendah, Kau yang Tinggi.

Aku akui aku bukan pengkarya yang hebat. Karya aku belum cukup sempurna. Ada lukisan pelik sini dan sana.

Tapi aku bukan pengkarya tahap sampah.

Mungkin sekarang aku boleh direndah-rendahkan. Kerana kau hebat sekarang kan? Kau terpelajar dan bijak segalanya. Impian kau lebih mulia.

Namun suatu hari nanti, bila impian aku mula menjelma. Aku akan hebat juga. Walaupun tidak sempurna. Tetapi lebih sempurna dari apa yang kau ada.

Masa itu aku boleh rendah-rendahkan kau.

Tapi aku tak mahu.

Aku akan sokong kau sampai kau hebat juga. Sampai kau rasa cukup sempurna dan gembira.

Sebab aku tak sekejam itu. Aku hormat pada namanya impian. Kerana aku seorang kawan.

Yang hari ini kau rendah-rendahkan.

-out-

Wednesday, May 14, 2014

Lawak Sekolah, buku keempat!

Ok. Seminggu lebih dah berlalu sejak habis Pesta Buku Antarabangsa 2014 hari tu.

 Aman tak mahu nak komen banyak. Setiap Pesta Buku, setiap tahun, adalah sesuatu yang happening, special dan best bagi Aman. Spend masa 11 hari, lebih dari 10 jam setiap hari bersama geng dan tim yang awesome... memang sangat fun! Tapi penat...TETAPI SERONOK WEHHH~!! XDDD

Okei apa yang paling best tentang Pesta Buku ialah....akan ada buku terbaru~!!! Apa lagi kalau bukan.... nomik LAWAK SKEOLAH #4: BELAJAR BERSUKAN~!! Yeahh~!! Seperti yang pernah Aman cerita dalam post sebelum ini, pada awalnya Aman rasa memang tak sempat nak siap. Tapi selepas Tuan Pengurus BLINK push Aman dengan arahan "Sehari WAJIB SUBMIT 3 pages!!", terus Aman laju macam roket! Alhamdulillah!

Apapun, penerimaan pembaca buat masa ini agak baik. Setelah 3 tahun melukis nomik Lawak Sekolah, siri ini kini sudah ada fanatiknya sendiri. Ada pembaca yang mula jatuh cinta dengan watak Robita dan geng. Ada yang mula beremosi dengan konflik watak, dan ada yang sudah mula memberikan idea-idea dan harapan untuk siri seterusnya. ^____^

Sememangnya, penerimaan positif ini sangat menggembirakan Aman. Aman tahu, siri Lawak Sekolah masih belum cukup kuat untuk menjadi sebahagian dari hidup kanak-kanak Malaysia. Tapi, Aman berharap kisah Robita ini akan sentiasa menjadi hero dan harapan untuk mereka membesar.



Siri Lawak Sekolah hanya ada 10 buku sahaja. Ia dijangka tamat pada tahun 2016. Tapi, tamatnya siri Lawak Sekolah bukan bermakna tamatnya kisah Robita, Bard, Nera, Noru dan Faezah. Ia baru permulaan untuk pengembaraan mereka yang lebih jauh dan mendalam.

InsyaAllah~!!

^_____^

Thursday, April 17, 2014

Penulis Selebriti atau Selebriti yang Menulis?

Lately, Aman terfikir juga. Tentang karier diri Aman ni. Mana yang Aman nak pilih. Komik atau video?

Aman enjoy buat dua-dua. Video adalah antara faktor besar yang mengangkat nama Aman kepada umum. Tetapi, komik sudah menjadi passion Aman sejak dulu lagi.

Tiada masalah untuk lakukan dua-dua. Namun, fokus itu perlu. Aman perlu fokus pada 1 dan 1 lagi hanya jadi sampingan. 

Antara idola dan mentor Aman ialah Kak Ain Maisarah. Kak Ain Maisarah sudah bergelar Penulis Selebriti. Penulis Selebriti ini bukanlah penulis pasif yang hanya berada dibelakang tabir semata-mata. Tengok saja bagaimana Kak Ain 'memasarkan' karya dan dirinya. Kak Ain mempunyai bakat menulis yang sangat dekat di hati pembaca remaja dan ditambah pula gaya bercakap, bergaya, dan berinteraksi ala-ala selebriti membuatkan Kak Ain disayangi pembaca.

Aman pula sebaliknya. Aman 'memasarkan' diri sebelum berkarya. Sekiranya Kak Ain adalah Penulis Selebriti... Aman pula ialah Selebriti yang Menulis/Melukis... (ok, takdelah selebriti semacam Aaron Aziz tu..Selebriti youtube je.. itu pun dulu-dulu.. sobs~)

 

Ramai follower Aman juga berkumpul di Facebook adalah mereka yang mahu menonton diri Aman sebagai seorang pelawak atau youtuber. Tidak ramai di dalam Facebook itu yang mahu membaca karya Aman.

Satu hakikat yang Aman kena terima... Penonton dan Pembaca adalah 2 individu yang berbeza. Tak semua mereka ini boleh bersatu...

Ini bermakna, jika Aman mahu tentukan kerjaya diri Aman... Aman kena pilih. Mahu jadi yang mana satu...

Tapi serius. Aman suka jadi pekomik.

^___^

-out-

Tuesday, April 15, 2014

Cabaran & Tekanan Lawak Sekolah 4

Alhamdulillah!

Setelah bergelumang dengan kesibukan, rasa serba salah, kemurungan, akhirnya SIAP juga karya terbaru LAWAK SEKOLAH yang ke-4 iaitu Lawak Sekolah: Belajar Bersukan~!!! Wee~!! (sambil menari lagu berjudul "Happy"...~!!)

Yup, melukis komik ini memang tidaklah sentiasa senang lenang. Memang kena fokus, disiplin dan beri tekanan! Tetapi, benda-benda beginilah yang fun. Tekanan yang menyeronokkan. hehe!

TEKANAN MELUKIS LAJU-LAJU

Serius Aman cakap, Aman mula-mula sudah giveup untuk siapkan. Tetapi bila dapat motivasi dari penulis lain, geng2 BLINK, dan terutama sekali bila Tuan Pengurus push, barulah Aman kuat semangat semula!

Memang Aman sangat berterima kasih la pada Tuan Pengurus sebab sanggup push Aman sampai macam ini. Tuan Pengurus kata, Aman mesti WAJIB submit 3 pages komik SETIAP HARI! Atau tindakan lebih berat bakal dikenakan. (potong gaji mungkin. sob sob!)

Dengan perasaan stress ini lah Aman bekerja bagai gila turbo sehabis mungkin! Walau hampir setiap hari Aman pergi ke sekolah-sekolah untuk membuat talk, kerja tetap kerja. Dalam kereta pun melukis! Sambil tunggu budak rehat di sekolah pun Aman lukis! Lukis bila ada waktu lapang even sekejap!

Dan berbaloi juga akhirnya bila Aman sempat siapkan (walau dah langgar deadline) sebelum Pesta Buku nanti. Dengar cerita, hari ini nomik Lawak Sekolah sedang berada di kilang cetak untuk urusan pencetakan. Yeayy!!

APABILA PEKOMIK JADI EDITOR


Paling istimewa untuk nomik kali ini ialah hampir 90% dihasilkan oleh Aman. (kecuali toning sebab Aman tak reti toning lagi) Bila dah siap melukis komik, Aman siapkan dialog dan terus beri pada Kak Ain untuk semakan. Sambil itu, Aman juga belajar menghasilkan bubble dialog dan layout sendiri untuk nomik ini.

3 nomik sebelumnya kami upah editor lain, tetapi sebab masa dah sangat singkat, Aman perlu buat semuanya sekali! Memang banyak kerja tapi memang pengalaman yang fun!!

Alhamdulillah, software Mangastudio ni memang mudah dan Aman dapat siapkan dalam masa 2 hari saja. Yeay lagi!!


LAWAK SEKOLAH 5 MENYUSUL

Setiap kali melukis nomik Lawak Sekolah (sudah ada 4 nomik sekarang ini) pastinya Aman menghadapi isu mengejar/langgar deadline ini. Ini bukan 1 benda yang sihat. Sebab bila deadline dilanggar, kerja jadi lebih stress, perlu siap lebih cepat dan kualti juga mungkin drop jika tidak berhati-hati.

Lagi menyedihkan bila ada beberapa scene yang terpaksa dibuang kerana nak memendekkan cerita supaya lebih cepat siap. Ahhh! Tak suka bila benda macam itu jadi!

Jadi, Aman terus buat keputusan untuk sambung melukis buku ke-5 secepat mungkin. Aman sudah rehat 1 hari selepas siap buku ke-4. Sekarang ini, Aman sudah membuat research dan perbincangan untuk buku seterusnya. (Lawak Sekolah: Belajar Berkhemah menjadi tajuk pilihan. hehe)


Aman bajet, sebelum tahun 2015 menyusul, Buku ke-5 dan Buku ke-6 mesti siap PUBLISH! Ini bermakna, buku ke-7 bakal bertemu di Pesta Buku seterusnya. Yosh!

Memang banyak kerja, tapi melihat hasil kerja kita dibaca oleh ramai orang adalah 1 perkara yang memuaskan hati. Jadi, tiada hal!

Go Aman Wan Go!

Doakan Aman ya! Hehehe!

-out-

p/s: Tak sempat nak buat vlog. Mahu fokus nomik dulu. Capai impian, kemudian baru capai hobi. ;)

Friday, March 28, 2014

Mara dengan Pantas!

Serius, bulan ini aku superbly sibuk baq hang!

Pada post lepas, memang aku sangat gelabah takut tak sempat siap komik. Aku mengadu pada Tuan Pengurus tentang hal ini. Tapi Tuan Pengurus kata masih sempat! Dan bantu aku push diri ni untuk siapkan.

Alhamdulillah, walaupun masih belum sepenuhnya siap lagi. Tapi at least aku dah mula nampak harapan!!

Sekarang ni, 50 pages komik sudah diberi pada editor untuk proses toning. Kaver juga sudah siap lukis dan sudah diberi pada kaleris untuk warna. Komik pula tinggal lagi beberapa pages nak lengkap!

Tapi, untuk nomik Lawak Sekolah 4 ini juga, Aman terpaksa belajar buat layout dan bubble dialog sendiri. Kalau beri pada editor takut tak cukup masa. Awal bulan April sudah mahu print...huhuhu!

Apapun, apa yang Aman perlu sekarang adalah pantas! Pantas! dan Pantas!!

Semoga segalanya dipermudahkan.


Amin!

^__^

-out-

Sunday, March 9, 2014

Sempat atau tak?

Serius. Banyak gila event best yang aku dapat. Moment best yang aku nak cerita. Tapi smeua tak sempat nak taip dalam blog. huhu.. rugi betul..

Tapi, bukan topik itu yang aku nak cakap sekarang. Tapi, ini tentang nomik Lawak Sekolah yang ke-4. Sempat atau tak nomik ini siap sebelum Pesta Buku 2014...??

Serius. Bagi aku memang banyak lagi progres nak kena buat. Lepas habis je buku ke-3, aku ambil masa rehat sekejap dari stress. Kemudian sambung rangka cerita dan lukis untuk buku ke-4 dari awal Januari. Aku tau, memang agak lambat. Aku sepatutnya start awal lagi. Huhu

Masalah sekarang... Pesta Buku berlangsung akhir bulan 4. Aku paling kurang ada 10-15 hari saja untuk siapkan lukisan. (padahal dah langgar deadline kaw-kaw dah ni...) Komik ada dalam 30 pages lebih. (sepatutnya 40 lagi..tapi kena cut-cut scene sebab nak cepat..)

Entahlah. Aku tatau sempat siap atau tak. Rugi wooo kalau tak masuk Pesta Buku. Itulah tempat yang mahsyuk untuk jual buku.

Ok la. Ni pun aku ambik masa rehat jap untuk update blog yang super bersawang ni. Nanti aku update lagi.

DOAKAN AKU SEMPAT SIAP YA~!!! >____<

 **Big Boss sudah tanyaaaaa!! "Aman macam mana komik??" Habislah aku...huhuhu

-out-